View: 826|Reply: 2
|
Ibu Bagi Makanan Burung Untuk Bekal Anak Ke Sekolah
[Copy link]
|
|
Tidak kira betapa bersedianya anda, keibubapaan merupakan tugas yang sukar pada waktu tertentu.
Lebih-lebih lagi sibuk menyiapkan pakaian sekolah anak-anak pada waktu pagi.
Namun, seorang ibu menyedari telah melakukan kesilapan ketika membekalkan makanan untuk anak lelakinya ke sekolah.
Menerusi satu perkongsian di laman Mumsnet, wanita berkenaan memberitahu dia sepatutnya menyediakan salad pasta untuk bekalan makanan anaknya.
Gambar Hiasan
Sebaliknya, anaknya diberikan bekas yang mengandungi makanan burung.
"Saya beritahu anak dia makan salad pasta untuk makan tengah hari. Petang ini dia tanya kenapa dia diberikan makanan 'kentang putar' yang pelik.
"Rupa-rupanya salad pasta masih di dalam petik sejuk, dan dia makan makanan yang patut diberikan kepada burung-burung.
"Adakah sesiapa pernah menghantar anak ke sekolah dengan apa-apa yang lebih buruk atau kami adalah ibu bapa terburuk di Mumsnet?" soalnya. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi busy ter utama ada anak kecil... Pernah silap bag kerja ambil bag anak same color dan size... |
|
|
|
|
|
|
|
Penah x bagi bekal, rasa dh masuk bag tp rupanya tepi bag. Nasib mmg ada letak duit emergency tp ank x tau. mintak tlg cikgu klas ckp suruh ank beli kat kantin |
|
|
|
|
|
|
| |
|