View: 754|Reply: 3
|
Remaja Didera, Dibuang Depan Balai Polis Lepas Dibunuh Penculik
[Copy link]
|
|
Seorang penjenayah bertindak kejam dengan membunuh remaja berusia 19 tahun sebelum membuang mangsa di hadapan balai polis di Kerala.
Jomon K Jose, 40, yang dimasukkan dalam senarai penjenayah dikehendaki polis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Shan Babu, kelmarin.
Gambar hiasan
Babu didera dan dibunuh Jose pada malam sebelum mayatnya dicampak di hadapan balai polis berkenaan.
Jose cuba meloloskan diri selepas membuang mayat mangsa di depan balai polis yang terletak berhampiran pejabat daerah dan penguasa polis. Bagaimanapun, polis berjaya menjejaki Jose.
Menurut laporan, lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah ketika ditahan.
Selepas dibuang di hadapan balai polis, Babu dikejarkan ke hospital, namun remaja itu disahkan sudah meninggal dunia.
Ibu Babu berkata, dia sudah membuat laporan polis selepas anaknya didakwa diculik Jose. Tetapi, polis dikatakan gagal bertindak lebih awal walaupun wanita itu sudah memberikan semua maklumat berkaitan penculikan itu.
Polis berkata, Akta Pencegahan Aktiviti Antisosial Kerala sudah dikenakan terhadap Jose atas beberapa siri jenayah yang dilakukannya beberapa bulan lalu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri koliang sana nun. Appa nak heran |
|
|
|
|
|
|
|
reporter cari pun ayat dengan tajuk pun dah berbelit-belit macam asal IND sana dah... |
|
|
|
|
|
|
|
negara mana ni? Mexico ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|