CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3521|Reply: 4

Hapus Lipas Di Rumah Dengan Dua Bahan Di Dapur

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:08 PM | Show all posts |Read mode



Sekali buka sayap, bertempiaran lari semua orang. Serangga berwarna coklat ini pastinya membuatkan ramai orang tak senang duduk setiap kali ia menunjukkan wajahnya.

Kadang-kadang, semerbak satu rumah dengan bau racun serangga dek kerana lipas seekor yang berterbangan melarikan diri. Hal ini sudah tentu membuatkan ramai risau akan kesihatan ahli keluarga terutamanya jika ada kanak-kanak atau bayi di rumah.

Justeru, kami ingin kongsikan salah satu cara mudah untuk membasmi haiwan perosak ini tanpa menggunakan racun serangga. Tips ini boleh dilakukan menggunakan dua bahan yang ada di rumah anda sahaja.

Menurut Kompas.com, anda boleh menggunakan gula dan sabun pencuci sebagai umpan untuk membunuh lipas di rumah.

Caranya, campur satu bahagian sabun dengan satu bahagian gula ke dalam bekas. Anda juga boleh menambah peluntur untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum.

Letakkan campuran tersebut di tempat-tempat kegemaran lipas seperti kawasan paip, bawah almari dapur serta tong sampah. Pun begitu, anda diingatkan agar meletakkan bahan ini jauh dari jangkauan kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

Semoga berjaya!

Kredit: Siakap Keli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2022 11:14 PM | Show all posts
lipas terbang itu b##i
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 09:23 AM | Show all posts
lipas ni kan ..rumah kemas mcm mana pun..ada je muncul tah dari mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling berkesan panggil pest control
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:50 PM | Show all posts
apa jenama ubat gegat yg berkesan? jiran aku bagitau guna ubat gegat tu tak nampak kelibat lipas. tapi habis gegat, kang muncul balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.090865 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list