View: 7012|Reply: 124
|
Umur Baru 36 Tahun, Anak Dah Sepuluh- "Penat, Rancangan Asal Nak Beranak Empat Je"
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Enam belas tahun lalu, Wan Nurul Melissa Wan Abdul Malek, 36, dan suami, Mohd Azman Zainal Abidin, 37, hanya mengimpikan untuk memiliki empat cahaya mata apabila mereka mendirikan rumah tangga.
"Kini, selepas tempoh itu, kami dikurniakan 10 anak. Ada rancangan untuk menambah anak kepada 12 sebelum ini.
"Bagaimanapun, kami putuskan untuk 'berehat' seketika selepas kehadiran anak kembar (anak keenam dan ketujuh)," kata Wan Nurul Melissa.
Foto: Harian Metro
Sepuluh anak mereka ialah Muhammad Adib Naufal Mohd Azman, 15, Nur Athilah Aliyah, 12, Nur Alisya Sofia, 10, Muhammad Anas Firman, 9, Muhammad Adam, 7, Muhammad Rahman, 5, Muhammad Rahim, 5, Muhammad Aidan, 3, Nur Ainul Maisarah, 2, dan Muhammad Ammar, enam bulan.
Walaupun ramai, 10 wajah inilah yang cukup menggembirakan kehidupan harian pasangan itu.
"enat menjaga anak namun semua yang kami lakukan untuk mereka cukup menggembirakan selain memberi pengalaman baharu.
"Syukur kerana memang bukan mudah menjaga 10 anak namun Allah SWT sentiasa permudahkan semua urusan kami," katanya.
Menurut Wan Nurul Melissa, dia turut mendapatkan khidmat pembantu untuk menjaga anaknya, tetapi ia hanya untuk waktu siang sahaja.
"Malam pula, kami yang jaga kerana siang kami bekerja. Sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain, anak kami juga sukar untuk tidur mengikut masa ditetapkan.
"Walaupun memenatkan, tapi kami bersyukur kerana mereka mudah diurus dan mendengar kata," katanya yang menjalankan perniagaan jamu, barangan buatan sendiri selain haiwan peliharaan bertempat di Bukit Beruntung, Rawang.
Mengimbau kenangan ketika awal perkahwinan, Wan Nurul Melissa berkata, dia tidak bekerja manakala suaminya pula bertugas sebagai penjaga stor di sebuah kilang.
Katanya, mereka berkahwin pada usia muda, tetapi tidak pernah sesekali menyesalinya.
"Apabila anak bertambah, saya mula membabitkan diri dalam perniagaan pada 2010.
"Bukan itu saja, rezeki kurniaan Allah SWT memang luas kerana perniagaan semakin maju setiap kali saya melahirkan anak. Kini, suami turut membantu perniagaan ini," katanya.
Wan Nurul Melissa yang berasal dari Taiping, Perak berkata, dia tidak berasa janggal memiliki anak ramai kerana dia sendiri memiliki sembilan adik-beradik.
Suaminya yang berasal dari Sungkai, Perak pula memiliki empat adik-beradik, malah mempunyai kembar.
"Saya sudah biasa berada dalam kalangan adik-beradik yang ramai kerana itu, insya-Allah, pengalaman itu juga membantu saya menjaga anak ketika ini," katanya.
Menurutnya, kesibukan melayan anak di rumah juga terbawa-bawa ketika mereka sekeluarga keluar beriadah atau berjalan-jalan.
Kata Wan Nurul Melissa, bukan itu saja, malah ada juga yang bertanyakan tentang anaknya.
"Bawa anak ramai ini berjalan-jalan memang bukan mudah. Ada yang bertanya sama ada mereka ini 'anak buah' saya.
"Apabila dimaklumkan yang semuanya anak saya, ramai yang terkejut. Saya terangkan semuanya dan barulah mereka faham.
"Saya juga tidak kisah kerana sudah biasa dengan pertanyaan berkenaan," katanya.
Membeli pakaian raya juga bukan masalah buat Wan Nurul Melissa kerana dia ada berniaga pakaian kanak-kanak dan sedia maklum dengan pelbagai saiz pakaian bayi hingga kepada kanak-kanak.
"Saya tidak perlu bawa anak ketika keluar ke pasar raya untuk mengukur saiz kerana semua saiz 10 anak 'ada dalam kepala'," katanya.
Ketika ini, menurut Wan Nurul Melissa, anak sulung serta anak keduanya turut membantunya menjaga adik mereka.
"Mereka sudah faham dengan situasi memiliki adik-beradik ramai dan kerana itu, mereka turut membantu menjaga adik.
"Saya dan suami juga saling membantu menjaga serta memberi tunjuk ajar buat anak kami ini," katanya.
Ditanya berkaitan apakah dia dan suami akan menambah zuriat, katanya, mereka memang memilih untuk berehat seketika.
"Bagaimanapun, jika ada rezeki, kami tidak tolak kerana itu semua rezeki daripada Allah SWT.
"Kami memang sukakan kanak-kanak dan walaupun 'bising', ia tetap menyeronokkan," katanya.-CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Walaupun anak ramai 10 orang, tapi anda tak kepam macam ada sorang tu yg rasa dia loyer terpaling dalam mesia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tak rancang beli condom ke.. heheh okay lah anak banyak, kalau makan minum semua terjaga..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah seronok pulak tengoknya. Meriah rumah masak pun banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik melayu, kalu rohingya beranak 10 mmg iols mloncat2 ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu makan minum n educated terjaga ok jer aku rasa kalu, anak ramai.. Kalu both ibubapa tue leh tanggung apa salah nyee.. Btw iols anak sorank tak berani nak tambah riso kenkangan kewangan haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana laki nya
pancut tinggal ke |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat anak2 yg dh besar, mesti penat kena jaga adik2
-ckp berdasarkan pengalaman- |
|
|
|
|
|
|
|
dap dap dap lagi lagiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Hamboiii... tukang ambik gambor mana nak ada.. seronok adik beradik ramai ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
sesugguhnya berebut kasih sayang org tua agak payah ea..... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku serius takleh paham jiwa pompuan yg suka mengandung beranak ramai2 ni..bagi aku yg dah 4 kali beranak ni mmg tahap serik la.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi-lagi kalau anak sulung perempuan, sampai adik beradik dah besar panjang pun dia kene uruskan - cakap dari segi pengalaman sedara mara lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga puan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Mudaaa dr i I xramai adik bradik,tp my adik bradik hat atas dh besaq2 waktu i lahir. So waktu sek rendah dh ramai ank2 menakan. Mmg i rajin tolong ngasuh. Smpai time sendri bkeluarga dh cemuih ngn budak2 3ketoi ni pn rasa ramai sgt dh. I hv nothing against org branak ramai as long as ank2 bela elok. Bela elok ni pon in a sense bela smpi jg org,bukan jd syaiton. Bukannya ank2 leh susun kt tgga makpak xmau benti mbiak sambil2 meratip mintak bantuan. Hat tu wajib dhencap.
|
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya benerr N, dh tua2 gini pon mak & pak pon be like
"tanya along kau"
"mintak kat along kau"
"suruh along kau"
kdg rasa diri sendiri xde life dr kecik smpai tua..asyik kena jaga adik2
takpe lah, dh begitu nasibnye
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu, susah payah membesarkan anak 10 orang aside. Of course, one or two ada yg keras kepala bagai tapi iols tengok anak mak long iols yg 10 orang tu, lepas parents dah tak ada, bila raya adik beradik anak cucu kumpul ramai2 best gila, dgn family day nye.
Iols 3 beradik, masing2 anak setongkol, bila raya macam tu macam tu je le.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku takut nk beranak ramai, takut tak adil.,.. satgi dok hempuk kerja kat anak2 yang tua... sbb aku dok nmpak benda ni jadi depan mata... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa tu ok lagi, sebab bila adik2 tanya, sukati kaulah kau dah besar.
Iols paling stress bila tanya mak nak makan apa. Dia cakap apa2 je mak tak kisah tapi bila kita suggest itu ini, ayam nak, eh baru makan ayam, muak lah, mee nak mak? tak kenyang la mee. Burger nak mak? Mak tak reti la makan burger2 ni. Abis mak rasa mak nak makan apa? eh mak ok je apa2 ikut kau lah...
@#*&$%!!
|
|
|
|
|
|
|
|
dia dah justify, tiap kali beranak bisnes dia mencanak naik
ni mmg sejenis anak2 yg membawa rezeki kepada mak ayahnya, alhamdulillah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|