CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 0

[Sarawak] Desak tindakan serius diambil, atasi kesesakan di Kota Samarahan

[Copy link]
Post time 16-1-2022 06:42 PM | Show all posts |Read mode


Hamzah (kiri) ditemani Pengerusi MPKS Dato Peter Minos semasa sidang media selepas selepas Majlis Penyerahan Kunci Medan Selera MPKS, di sini malam semalam.

Hamzah desak tindakan serius diambil, atasi kesesakan di Kota Samarahan
KOTA SAMARAHAN: "Saya sendiri selaku wakil rakyat di sini mendesak supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan lebih serius dalam menangani kesesakan yang berlaku di kawasan ini," tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Beliau berkata, apa-apa saja tindakan dan desakan yang dilakukan setakat ini adalah untuk kepentingan khasnya penduduk di Kota Samarahan.

"Ini kerana, saya akui kesesakan di kedua-dua jalan di sini (Kota Samarahan) iaitu Jalan Datuk Mohammad Musa dan Expressway Samarahan-Kuching merupakan topik hangat diperkatakan.

"Kita bagaimanapun telah berbincang dengan agensi pelaksana (JKR) termasuk Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bagi menangani masalah tersebut.
"Hasilnya, JKR cuba mencari jalan dan usaha menangani kesesakan itu dipandang serius," katanya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Medan Selera MPKS, di sini malam Sabtu.

Sementara itu, Hamzah menjelaskan, punca berlakunya kesesakan jalan itu adalah disebabkan pembangunan pesat yang masuk ke sesebuah kawasan.

"Kita bagaimanapun tidak dapat mengelak dari segi aspek kesesakan kerana itu antara proses setiap kali ada sesuatu pembinaan, tapi kita berusaha mengurangkan kesesakan tersebut," katanya lagi.

Berhubung tempoh kesesakan yang membelenggu pengguna jalan khasnya di Kota Samarahan, Hamzah menjelaskan ia dapat ditangani sekiranya projek pembangunan siap dilaksanakan mengikut jadual.

"Tempoh masa itu saya tidak berjanji bila ia dapat disiapkan. Sebagai contoh Expressway Samarahan-Kuching yang merupakan projek sakit sepatutnya siap pada Jumaat lalu.
"Tapi sampai hari ini belum siap namun saya yakin dan percaya JKR ada perancangan. Saya dapat maklum JKR dalam proses peringatan terakhir berhubung pembinaan jalan berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, bagi Jalan Datuk Mohammad Musa, beliau berkata jalan itu bakal siap pada tahun depan mengikut jadual pelaksanaan.

"Bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di sini, saya juga dimaklumkan dua jalan iaitu satu jalan di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) menyediakan satu laluan (link) atas nama Jalan Lapangan Terbang dan kini masih dalam pembinaan.

"Manakala, satu lagi jalan iaitu di bawah perancangan kerajaan negeri iaitu di kawasan Tambirat,"  katanya.

Ujarnya, siapnya dua jalan itu nanti bakal mengurangkan isu kesesakan jalan raya di Kota Samarahan dan ini merupakan rancangan kerajaan pada masa ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.214557 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list