CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4268|Reply: 66

[Jenayah] Update: Pengasuh tidak akan maafkan ibu bayi dan akan saman karena viral #14 - Tampar bayi 8 bulan karena sering muntah, pengasuh ditahan

[Copy link]
Post time 16-1-2022 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 16-1-2022 09:03 PM



Tampar bayi 8 bulan, pengasuh ditahan
Januari 15, 2022 @ 10:47pm

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang wanita yang juga pengasuh kepada bayi berusia lapan bulan bagi membantu siasatan susulan dakwaan individu terbabit menampar bayi berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu Rabu lalu yang dibuat ibu bayi terbabit.

"Susulan itu polis menahan wanita berusia 48 tahun bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kejadian itu disedari ibu bayi berkenaan ketika mengambil anaknya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan mendapati pipi bayi terbabit kemerah-merahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamaruzaman berkata, siasatan mendapati pangasuh bayi berkenaan mengaku tidak sengaja menampar pipi bayi berkenaan ketika berada di dalam buaian kerana mangsa dikatakan sering muntah.

"Polis kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan ini dan menunggu laporan penuh perubatan ke atas mangsa. Kes akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk nasihat dan arahan pertuduhan dengan kadar segera.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan polis,"katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengasuh pun mangsa dera mental fizikal masa kecik2.

Produk orang tua gagal begini la. Persis Stinkngok dan belia pencuri tabung masjid.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tampar mu iman bagaimana lah, merasa diri hamba pada-Nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 11:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:00 PM | Show all posts
mental punya org
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Adeh..dah baby tu ada masalah muntah2 ckp la kt mak dia biar bwk pegi check..ke muntah2 sbb asyik kena tampar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
berbirat muka baby tu ngan kesan jari ko, aje celaka ko kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Brp agaknya parents byr kt pengasuh ni..
Kdg2 parents ni asal org offer murah terus on je, tak peduli lgsg org tu jenis yg mcm mana..
Baru ni aku tgk kt fb ada offer jaga baby rm150 sebulan...mak aiii murah naww..tah brp org yg dia duk jaga..cer fikir dgn rm150 tu berbaloi tak nk jaga anak2 korg dr 7 pagi -7 mlm?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntah2 tu mesti ada sbb.. salah mkn..x sesuai susu....sakit.   aduhai
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kalau rasa jenis baran dan tak boleh bersabar, jgn la jaga anak orang.  Kau kerja kilang je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ish3. Kalau dah tau jenis tak boleh tahan karenah budak2, pi cari kerja lain. Ini tak, sibuk juga nak mengasuh sampai mendera2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-1-2022 02:10 PM
Ya Allah kalau rasa jenis baran dan tak boleh bersabar, jgn la jaga anak orang.  Kau kerja kilang je ...

Mcm tu punya perangai mau hari2 makan penampar penyekia kilang
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap si ibu diberi kebenaran utk tanlar semula pengasuh tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 09:01 PM | Show all posts


''Siapa buat siapa?'' - Pengasuh nak saman ibu bayi sebab viralkan dia lempang bayinya
Januari 14, 2022

Baru-baru ini, tular gambar dan kisah seorang bayi 8 bulan ditampar di bahagian pipi sehingga meninggalkan kesan oleh pengasuhnya.

Dipercayai bayi tersebut ditampar kerana sering muntah ketika berada di bawah jagaannya.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, Nurul Fatin Nabilah telah memuat naik sebuah hantaran tentang bayi rakan karibnya.

Hantaran tersebut difahamkan bayi rakan karibnya sering ditampar oleh seorang pengasuh sehingga meninggalkan kesan di pipi.

Katanya, pengasuh tersebut geram akan bayi itu sering muntah ketika berada dalam jagaannya.

Fatin turut mendakwa bahawa bayi berusia hampir 8 bulan itu bukan satu-satunya mangsa kepada pengasuh itu.

Malah, lima kanak-kanak asuhan lain juga menjadi mangsa pengasuh tersebut yang menetap di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

'' lebih 5 orang mak budak yang lari dari hantar mengasuh kat dia. Sebab tiap kali anak balik mesti ada kesan cubit.'' Katanya.

Fatin berkata lagi, laporan polis telahpun dibuat dan pengasuh tersebut memberikan alasan yang dia masih belum makan ubat tekanan darah tinggi.

Lalu telah menyebabkan dia menjadi baran dan menampar bayi tersebut.

Selepas laporan dibuat, Fatin memuat naik satu lagi hantaran yang mendakwa pengasuh tersebut menyuruh ibu kepada bayi yang ditampar itu untuk menarik semula laporannya.

Dengan atas alasan anak ditampar itu perkara biasa yang tidak perlu dibesar-besarkan.

Tambah Fatin lagi, pengasuh tersebut telah mengancam untuk mendakwah mereka di mahkamah.

Ini kerana telah mencemarkan namanya dan kini ibu kepada bayi tersebut sedang mencari seorang peguam untuk mewakilinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 09:04 PM | Show all posts
Edited by Friska at 16-1-2022 09:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2022 09:12 PM | Show all posts
Edited by Friska at 16-1-2022 09:15 PM



Mumy Hale is with Apai Hale.

Luluh hati sy dan suami sbgai seorg ibu dan ayah melihat anak dperlakukan begini..ape lah salah anak sy ni yg baru umur 8bulan..anak sulung sy pun pandai mengadu yg si pengasuh tu pukul adik kuat2????????kau hadap lah semua ni nanti jgn fikir aku berdiam diri..anak aku mmng dah sakit makin kau tambah sakit anak aku..aku baru je berpesan beberapa hari sebelum terjadi nye kejadian ini..tlong jaga anak2 aku elok2 skli bila tuhan nak tunjuk segala bukti aku ada..salah tetap salah..ini belum lagi bab parents2 lain pernah hantar situ kes dia cubit2 anak org tu mcm2 lah perangai hanat dia timbul selepas sy buat laporan ini..XLAMA TU CHAT AKU CKP XKAN MAAFKAN AKU SEBAGAI IBU KPDA NOAH KERANA DAH REPORT DIA KE POLIS..???AKU X INGIN PUN KAU MAAFKAN AKU TAPI AKU TUNTUT HAK KEADILAN ANAK AKU SAMPAI KMI SUAMI ISTERI MATI SKALI PUN XDA KATA MAAF JUGA UNTK KAMU..DAH BUAT ANAK ORG TERTAMPAR KONON STATMENT X MASUK AKAL..MEH AKU TERTAMPAR ANAK KAU BARU KAU TAHU..NASIB LAH DUNIA NIA ADE UNDANG2 KLO X MMNG AKU TAMPAR DAN BUAT HAL DEKAT RUMAH KAU MASA TU KIRA BAGUS LAH AKU NI MASIH ADE BUDIBICARA JAGA AIB KAU SEBAGAI PENGASUH..KALAU TERKENA ORG LAIN PARENTS YG X RETI CONTROL EMOSI MMNG MLM JUGA KOT KAU MEREPUT KAT SITU..AKU UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KERNA SUDAH MENYAKITKAN ANAK2 AKU..SAMPAI SKRG ANAK AKU MASIH DLM KEADAAN TRAUMA..MOGA2 KARMA NI BERBALIK KPDA 7 KETURUNAN KELUARGA KAU BARU KAU TAHU TINGGI MANA LANGIT DAN BUMI!!!SKALI LAGI TERIMA KASIH


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2022 09:13 PM | Show all posts
Edited by Friska at 16-1-2022 09:14 PM



Mumy Hale

TIDAK AKAN SKALI AKU MELEPASKAN PENGASUH YG TAMPAR MUKA ANAK AKU...ENTAH APE SALAH ANAK AKU YG 8BULAN NI DI TAMPAR NYE SUDAH LAH PUTERA KAMI NI MMNG DAH SAKIT SKALI DI TAMBAH NYE LAGI KESAKITAN ANAK KAMI..PALING SAKIT HATI AKU DENGAR DIA KATA "AKAK X BUAT KAN  ANAK AWK SMPAI TAHAP CEDERA LUKA KE APE KE KATANYE"..JADI TAMPARAN KUAT YG HEBAT INI APE BKN MEMUKUL KANAK2 YG BARU UMUR 8 BULAN NI FIKIR LOGIK SIKIT..CUBA SY BAGI PENAMPAR KAT MUKA ANAK AWK APE AWK RASA SAKIT KAN INI KAN BUDAK KECIK YG BARU NAK MEMBESAR AWAK TAMPAR TANPA  X SENGAJA!!!!KITA JUMPA DI PENGADILAN


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba muka kau pulak kena lempang sampai berbirat tengok sakit ke tidak makcik. Dah tua pun bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani pengasuh ni nk saman.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 09:29 PM | Show all posts
Kepada pengasuh..." may u rot in hell "..sukahati je tampar anak orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.088583 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list