|
Edited by Lagubestbest at 15-1-2022 10:03 PM
Jenayah berat. Ini sebab kita tak boleh berkawan dengan Israel. Lama-lama boleh jadi jahat. Hamas melalui briged Al-Qassam dua hari lepas muncul dengan video mengecam tindakan "killer zionist dolphin" yang dihantar Israel ke laut Gaza. Hamas melaporkan pada konflik Mei lalu, seorang pegawai pemerintah bagi anggota komando kawalan pantai "unit frogman" Hamas telahpun terbunuh oleh serangan dolphin dilakukan Israel.
Israel letak satu alat "senjata tajam/ lampu suluh cctv" ikat/ pakaikan pada muncung dolphin, kemudian lancarkan dolphin terbabit untuk menikam musuh dalam laut, untuk situasi ini disasarkan pada penyelam Hamas. Dolphin tak kenal kawan atau lawan, diorang boleh pergi cucuk semua orang yang ada dalam laut, terutama pada waktu malam.
Walaupun tiada bukti, pengamal berita melaporkan US Navy dan Russian Navy memang ada unit dolphin mereka sendiri. Dan Israel mungkin guna cara US Navy. Lagipun, ini bukan kali pertama Hamas menuduh Zionist menyerang dengan menggunakan dolphin.
Dolphin US Navy
Model Dolphin Russian Navy
Walaupun dengan sumber terhad, Hamas diketahui ada keupayaan "penyelam kombat" dan "UAV bawah air laut yang boleh bawa bom" dan memang sentiasa menjadi target belakang tabir oleh musuhnya zionist.
Pada 2013, Israel ada rekod buruk hampir setara apabila dituduh oleh syarikat penyiaran TV Hezbollah di Lebanon, telah menghantar "burung perisik" di udara negara tersebut. |
israel, gaza, hamas, dolphin, perang, gaza, perang, gaza, perang, gaza, perang, gaza, perang
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|