CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

[Sabah] Lelaki Cedera Terjatuh Dari Tingkat Enam Ketika Selenggara Lif

[Copy link]
Post time 15-1-2022 05:48 PM | Show all posts |Read mode


Pasukan bomba membawa naik mangsa ke atas menggunakan sistem takal selepas terjatuh dari tingkat enam ketika menyelengara. – Foto BOMBA

KOTA KINABALU: Lelaki cedera pada bahagian kaki selepas terjatuh dari tingkat enam ketika menyelenggara lif dalam kawasan pembinaan di Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.28 tengah hari.

Katanya, sepasukan 11 anggota bomba kemudian dikejar ke lokasi kejadian.

“Dilaporkan, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun ketika sedang menyelenggara lif dalam kawasan pembinaan dan terjatuh dari tingkat enam ke tanah.

“Mangsa yang berada di dalam lif itu cedera di bahagian kaki dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa naik ke atas menggunakan sistem takal,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada petugas ambulans untuk rawatan lanjut. – HMetro


sabahpost.net/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.168583 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list