CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Sarawak] Mercu tanda baharu : Megah, moden dan bergaya

[Copy link]
Post time 15-1-2022 01:50 PM | Show all posts |Read mode


PUSAT Pentadbiran Bersepadu Tanjung Manis, bangunan setinggi 16 tingkat kini berdiri megah.

Dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kos RM78.2 juta, reka bentuk modennya menyerlahkan lagi daya tarikan bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari Batang Rajang ini.

Ia bukan sekadar bakal menjadi mercu tanda baharu bagi kawasan Tanjung Manis, malah bakal memudahkan lagi urusan pentadbiran dan pembangunan di sini.

Projek bermula dengan upacara pecah tanah yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Abdul Taib Mahmud pada 3 Mei 2018, pembinaannya kini sudah memasuki fasa akhir.

Dijangka beroperasi sepenuhnya awal 2022, bangunan ini kelak akan dijadikan sebagai pusat pentadbiran sehenti yang menempatkan semua pejabat kerajaan dan badan berkanun.

Sekali gus bakal mempercepatkan proses pentadbiran dan pembangunan di kawasan terbabit.

Menurut Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA Datu Haji Len Talif Salleh, projek berimpak tinggi yang merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan Tanjung Manis itu merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam meneruskan agenda pembangunan kawasan luar bandar.

“Tujuan kita membina bangunan ini adalah untuk memudahkan kerajaan menangani keperluan pihak industri dan orang awam yang berurusan dengan pihak jabatan dan agensi kerajaan.

“Apabila beroperasi nanti, kita mahu jabatan-jabatan penting ditempatkan di sini bagi memudahkan masyarakat menyelesaikan pelbagai urusan tanpa perlu berulang alik ke Mukah, Sibu dan Sarikei jika hendak berurusan dengan pejabat kerajaan.

“Bangunan ini akan menjadi tempat untuk rakyat mendapat pelbagai perkhidmatan dengan mudah di bawah satu bumbung. Ini yang kita mahukan supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih efisen dan terbaik kepada rakyat di kawasan ini,” katanya Adun Kuala Rajang itu.

Antara agensi kerajaan yang akan ditempatkan di bangunan baharu itu kelak ialah Pejabat Daerah, PUSAKA, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Pertahanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) dan Pejabat Pos.

Menjelas lanjut, katanya tingkat bawah bagi bangunan itu akan digunakan untuk kemudahan awam seperti bank, kemudahan pos dan sebagainya.

Sementara tingkat satu bangunan itu katanya, telah dikhaskan untuk ruang galeri dan pameran perkhidmatan dan produk PUSAKA di Tanjung Manis kepada pelabur.
“Sebanyak tujuh tingkat akan diperuntukkan kepada Pejabat Daerah Tanjung Manis, pejabat-pejabat kerajaan negeri yang berkaitan termasuk badan-badan berkanun yang ada di Daerah Tanjung Manis.

“Dalam perancangan untuk fasa dua, bangunan ini akan menyediakan dewan makan yang dapat memuatkan 1,200 orang, auditorium dengan kapasiti 2,000 orang untuk majlis rasmi kerajaan dan masyarakat setempat serta surau yang dapat menampung 500 jemaah,” ujarnya.

Siapa sangka Tanjung Manis kini memiliki bangunan pencakar langit yang merupakan bangunan tertinggi di Bahagian Mukah.


sarawakvoice.com/2022/01/15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079414 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list