CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

YouTuber hidap penyakit 'Benjamin Button', meninggal dunia

[Copy link]
Post time 15-1-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode

ADALIA Rose.

Washington: Bintang YouTube remaja popular Amerika Syarikat yang menderita 'penyakit Benjamin Button' atau sindrom penuaan yang terlalu cepat disahkan meninggal dunia, Rabu lalu.

Adalia Rose, 15, dari Texas menjadi terkenal dan memberi inspirasi kepada orang ramai selepas tampil berkongsi kisah hidupnya dengan keadaan jarang jumpa dikenali sebagai Progeria.

Ia menjadikan kulit dan rupa parasnya menjadi jauh lebih tua berbanding usia sebenar.

Keluarganya yang berkongsi berita sedih itu di Facebook menyifatkan kematian remaja itu sebagai 'mengakhiri' penderitaan gadis itu.

"Pada jam 7 malam, 12 Januari 2022, Adalia Rose Williams, pergi dari dunia ini.

"Kami berterima kasih kepada semua atas kasih sayang dan sokongan kepadanya.

"Terima kasih juga kepada semua doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus memastikannya sihat untuk beberapa tahun ini," kata wakil keluarga kepada remaja itu, menerusi akaun Ryan Natalia Pallante seperti dilaporkan Daily Star.

Adelia menderita penyakit itu sejak dilahirkan yang turut menyebabkan masalah pada pertumbuhan, suara serta sendi.

Personalitinya yang ceria setiap kali tampil dalam YouTube berjaya meraih lebih 170 juta tontonan dalam satu platform perkongsian video, pada 2018.

Adalia juga sangat popular di Facebook dengan jutaan peminatnya meninggalkan komen positif selain turut memberi inspirasi kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Dilaporkan, hanya 500 individu di dunia mengalami keadaan sama seperti itu dan biasanya jangka hayat mereka singkat, dan dapat hidup 13 tahun sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.076767 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list