CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 290|Reply: 0

[Sabah] Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan cari penyelesaian berhubung isu kelemahan kemasukan Labuan-Menumbok

[Copy link]
Post time 14-1-2022 09:02 PM | Show all posts |Read mode


Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan cari penyelesaian berhubung isu kelemahan kemasukan Labuan-Menumbok – Maximus
LABUAN: Isu kelemahan yang membenarkan kemasukan individu memasuki Sabah melalui Labuan tanpa sebarang pemeriksaan, akan diselesaikan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata demikian selepas pertemuan bersama pegawai kanan Jabatan Imigresen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia adalah hasil usaha Jabatan Imigresen di kedua-dua buah kawasan iaitu Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan telah memberi jaminan bahawa mereka bersedia mengambil tindakan yang perlu bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk melindungi hak Imigresen Sabah, sekiranya Kerajaan Negeri menuntut hak dan kuasa penuhnya seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami melihat terdapat kelemahan imigresen antara Labuan dan pintu masuk ke Sabah melalui Terminal Feri Menumbok dan Jesselton Point, di mana tidak ada pegawai imigresen ditempatkan di lokasi tersebut.

“Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) telah membangkitkan isu ini kerana khuatir terdapat individu yang menyalahgunakan kelemahan ini untuk masuk dan keluar Sabah tanpa pemeriksaan, rekod dan dokumentasi yang sah,” tegas Maximus.

Beliau berkata hak imigresen Sabah telah dikurangkan selepas penubuhan persekutuan Labuan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1984, dan peraturan Imigresen membenarkan kemasukan individu antara Semenanjung dan Sabah, melalui Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat itu, Jabatan Imigresen berkata mereka bersedia untuk mengkaji dan bertindak atas keputusan Kerajaan Sabah berhubung perkara itu,” katanya.

Maximus berkata Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membantu dalam membuat keputusan, sekiranya Kerajaan Sabah membawa perkara itu pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

Dalam kes hak Imigresen Sarawak, ia adalah satu daripada empat hak MA63 yang diisytiharkan sebagai tidak boleh dirunding dan Negeri mempunyai kuasa dan kawalan yang penuh.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Sh. Sitti Saleha Habib Yussof, pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Norlela Jumat, dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Philip Yaditing.


sabahmedia.com/2022/01/14


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.094185 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list