View: 6872|Reply: 22
|
[Lain-lain]
TERKINI 2024...Keadaan banjir di Terengganu dan keperluan untuk mangsa...
[Copy link]
|
|
Edited by seribulan at 1-12-2024 09:06 PM
Lima negeri selesai agih BWI Januari 10, 2022 @ 11:18pm
Antara penduduk Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang terkandas akibat banjir bermula 18 Disember lalu. - NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan sejumlah RM106 juta kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri, untuk agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir setakat hari ini.
NADMA dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak sudah menyelesaikan sepenuhnya agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.
"Sehingga jam 10 malam semalam, sebanyak 50,939 ketua isi rumah telah menerima bantuan secara tunai daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
"Seramai 2,558 ketua isi rumah menerima serahan tunai di rumah dan 329 lagi menerusi transaksi 'Electronic Fund Transfer' (EFT).
"Untuk status agihan bagi ketua isi rumah yang terkesan banjir gelombang kedua, daripada 9,887 ketua isi rumah yang didaftarkan, 921 telah menerima BWI," kata kenyataan itu.
Bagi agihan BWI membabitkan kematian, NADMA menyatakan, daripada 57 kes yang dilaporkan, 40 waris telah menerima bantuan RM10,000 dengan 18 daripada jumlah itu menerima tunai di PKOB manakala 22 waris lagi dibuat serahan di rumah.
Selain itu, menurut laporan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia, sejumlah 319 ketua isi rumah membuat permohonan baucar diskaun barang elektrik.
"Menurut anggaran awal Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), hampir 80,000 bilangan isi rumah terkesan dengan bencana banjir ini.
"Bantuan ini adalah untuk agihan kepada rumah kediaman pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang terkesan oleh banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana oleh PKOB," kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) memaklumkan berlaku pertambahan satu kejadian tanah runtuh di Terengganu, menjadikan keseluruhan kejadian tanah runtuh sepanjang tempoh Monsun Timur Laut 2021/2022 di seluruh negara adalah 269.
Jabatan Kerja Raya (JKR) turut melaporkan sehingga hari ini, sebanyak 58 lokasi kejadian cerun runtuh dan tanah runtuh di seluruh negara.
Sementara itu, NADMA memaklumkan sehingga jam 2 petang tadi, tiga negeri dilaporkan masih terkesan dengan bencana banjir membabitkan tujuh daerah di Pahang, Johor dan Melaka.
"Menurut laporan MetMalaysia, sehingga 3 petang hari ini, tiada amaran hujan berterusan berkuat kuasa. Cuaca semasa di Semenanjung dilaporkan baik manakala hujan berterusan dijangkakan di barat Sarawak pada 11 hingga 13 Januari ini," katanya. – BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Enam negeri selesai pembayaran Bantuan Wang Ihsan - NADMABernama
Januari 14, 2022 17:34 MYT
Enam negeri selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan selesai 100 peratus pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir, setakat pagi ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri lain termasuk Pahang dan Selangor untuk tempoh sama, masing-masing mencatatkan peratusan agihan BWI sebanyak 96.4 dan 97 peratus daripada jumlah KIR yang terkesan.
Sehingga 12 tengah hari tadi, dua negeri dilaporkan masih terjejas dengan bencana banjir melibatkan tiga daerah di Johor dan satu daerah di Sarawak.
Menurut agensi itu, seramai 339 mangsa daripada 91 KIR direkodkan masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 17-1-2022 02:58 PM
Ramalan Cuaca Negeri
Terengganu
[td] Tarikh | Cuaca | Ramalan | 17/01/2022
Isnin |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 18/01/2022
Selasa |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 19/01/2022
Rabu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 20/01/2022
Khamis |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 21/01/2022
Jumaat |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 22/01/2022
Sabtu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 23/01/2022
Ahad |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir: 97.1 peratus KIR berdaftar di PPS terima bayaran BWIBernama
Januari 17, 2022 21:44 MYT
Tiga negeri yang telah selesai pembayaran BWI gelombang pertama dan kedua ialah Perak (309 KIR), Terengganu (451 KIR) dan Kuala Lumpur (1,175 KIR). - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.1 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) telah menerima bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi banjir gelombang pertama setakat ini.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiga negeri yang telah selesai pembayaran BWI gelombang pertama dan kedua ialah Perak (309 KIR), Terengganu (451 KIR) dan Kuala Lumpur (1,175 KIR).
"Bantuan Barangan Keperluan Asas turut diagihkan kepada KIR yang rumah ditenggelami air ketika banjir monsun timur laut (MTL) 2021/2022.
"Kuala Lumpur mencatat peratusan pembayaran sebanyak 94 peratus manakala Melaka telah membuat pembayaran kepada 57.4 peratus daripada KIR terkesan," menurut kenyataan itu.
Laporan Unit Penyelarasan Pelaksanaan bagi bantuan Pembaikan Rumah Maksimum RM5,000 pula menyebut Kelantan telah selesai membuat pembayaran kepada 13 KIR (100 peratus).
Menurut laporan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, terdapat pertambahan dua kejadian tanah runtuh yang direkodkan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan insiden itu sepanjang MTL 2021/2022 ialah 282.
Kenyataan itu turut memaklumkan tiada pertambahan kejadian cerun runtuh dan jalan runtuh dilaporkan oleh Jabatan Kerja Raya dengan jumlah keseluruhan insiden kekal 47.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 20-1-2022 02:36 PM
Ramalan Cuaca Negeri
Terengganu
Tarikh | Cuaca | Ramalan | 20/01/2022
Khamis |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 21/01/2022
Jumaat |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 22/01/2022
Sabtu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 23/01/2022
Ahad |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 24/01/2022
Isnin |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 25/01/2022
Selasa |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° | 26/01/2022
Rabu |
Tiada hujan | Pagi: Tiada hujan
Petang: Tiada hujan
Malam: Tiada hujan
Min: 24°
Maks: 31° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Terengganu Tarikh | Cuaca | Ramalan | 04/02/2022
Jumaat |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 22°
Maks: 31° | 05/02/2022
Sabtu |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 22°
Maks: 31° | 06/02/2022
Ahad |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 22°
Maks: 31° | 07/02/2022
Isnin |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 22°
Maks: 31° | 08/02/2022
Selasa |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 22°
Maks: 31° | 09/02/2022
Rabu |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 22°
Maks: 31° | 10/02/2022
Khamis |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Min: 22°
Maks: 31° |
|
|
|
|
|
|
|
|
Bantuan bina rumah atas tanah sendiri[size=0.82]Oleh: Baharom Bakar
[email protected]
January 26, 2022 @ 10:08am
Foto hiasan
KUALA TERENGGANU: Penduduk di Hulu Terengganu yang memiliki tanah sendiri tetapi tidak mampu membina kediaman sendiri ditawarkan bahan binaan secara percuma.
Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, berkata kos untuk pembinaan kediaman perlu ditanggung sendiri oleh penduduk.
"Kita hanya akan membekalkan bahan binaan seperti kayu, batu-bata, simen, pasir besi. Penduduk yang memiliki tanah sendiri tetapi tidak mampu membina kediaman diminta mengemukakan permohonan di pejabat Parlimen Hulu Terengganu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika mengulas terdapat penduduk di daerah Hulu Terengganu yang memiliki tanah sendiri tetapi terpaksa menyewa kediaman susulan tidak mampu untuk membina kediaman sendiri.
Jelasnya, jumlah peruntukan bahan binaan akan diluluskan bergantung kepada keluasan kediaman terutama hasil laporan tukang rumah.
"Kita tidak menyediakan bajet khusus, sebaliknya bergantung kepada peruntukan dikhaskan kerajaan kepada ahli parlimen.
"Kita anggarkan perbelanjaan untuk menyediakan bantuan bahan binaan bagi setiap rumah dianggarkan bernilai antara RM20,000 dan RM30,000," katanya.
Rosol berkata, semua permohonan untuk bantuan bahan binaan akan menjalani proses semakan bagi mengelak berlakunya pertindihan bantuan.
"Kita dimaklumkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan pejabat pembangunan Dewan Undangan negeri (DUN) juga ada menawarkan kemudahan itu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banjir semakin buruk di Terengganu[size=0.82]Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]
February 26, 2022 @ 9:43am
Seorang penduduk memantau paras air sungai selepas hujan lebat di Kampung Pulau Manis Serada. - NSTP/GHAZALI KORI
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 2,500 orang.
Seramai 2,563 mangsa banjir daripada 772 keluarga dipindahkan ke 51 PPS di lima daerah, setakat jam 8 pagi tadi, meningkat berbanding 1,533 orang (432 keluarga) ditempatkan di 30 PPS pada malam tadi.
Daerah Kemaman terus mencatat jumlah tertinggi mangsa banjir dengan bilangannya melonjak kepada 1,244 orang (340 keluarga) sudah dipindahkan ke 18 PPS.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman hanya merekodkan 847 mangsa banjir (242 keluarga) di 15 PPS, semalam.
PPS di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teladas merekodkan jumlah tertinggi dengan menempatkan 259 mangsa banjir (76 keluarga).
BiIangan mangsa banjir di Hulu Terengganu juga melonjak kepada 652 orang (197 keluarga) yang ditempatkan di 11 PPS, berbanding hanya 387 (97 keluarga) di lima PPS semalam.
Turut menunjukkan peningkatan ialah daerah Besut yang mencatat sejumlah 414 mangsa banjir (94 keluarga) di 11 PPS, setakat ini.
Selain itu, mangsa banjir di Setiu juga meningkat kepada 234 (80 keluarga) yang berlindung di tujuh PPS.
Di Dungun, dua lagi PPS membabitkan Surau Kuala Jengal dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda, diaktifkan malam tadi.
Ia menjadikan empat PPS sudah dibuka di daerah itu, termasuk Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor, yang menempatkan 69 mangsa banjir (24 keluarga).
Ketika ini, hujan lebat masih berterusan di kebanyakan tempat.
|
|
|
|
|
|
|
|
PENDUDUK di Kampung Buloh, Setiu melihat keadaan air yang memenuhi kawasan kediaman mereka. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Kuala Terengganu: Semua lapan daerah di Terengganu dilanda menerusi banjir gelombang kelima yang bermula semalam.
Ia susulan pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus petang tadi.
Sehingga jam 10 malam, seramai 3,813 mangsa daripada 1,103 keluarga ditempatkan di 81 PPS di seluruh Terengganu.
Ia menunjukkan peningkatan berbanding seramai 3,434 mangsa daripada 985 keluarga di 67 PPS, jam 4 petang tadi.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, jumlah mangsa banjir di Kemaman menunjukkan sedikit penurunan apabila seramai 1,920 mangsa daripada 512 keluarga ditempatkan di 21 PPS.
Sebelum ini, seramai 1,995 mangsa daripada 539 keluarga berada di 21 PPS.
Daerah Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa kedua tertinggi apabila 250 keluarga membabitkan 651 mangsa berada di 14 PPS.
Sebanyak 17 PPS dibuka di Setiu bagi menempatkan 530 mangsa daripada 165 keluarga.
Di Dungun, enam PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 107 mangsa daripada 30 keluarga manakala 97 keluarga membabitkan 433 mangsa dipindahkan ke 16 PPS di Besut.
Sementara itu, seramai 121 mangsa daripada 38 mangsa ditempatkan di empat PPS di Kuala Nerus.
Daerah Kuala Terengganu dan Marang masing-masing mengaktifkan dua PPS dan satu PPS.
Di Kuala Terengganu, 46 mangsa daripada 10 keluarga terjejas manakala lima mangsa daripada satu keluarga dipindahkan di Marang.
Disiarkan pada: Februari 26, 2022 @ 11:05pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 28-2-2022 09:23 AM
Fwd-
Siren dibunyikan di Empangan Kenyir, Terengganu. #PrayforTerengganu...
Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan paras air di Empangan Hidro di Stesen-Stesen Janakuasa Kenyir miliknya melepasi paras bahaya.
TNB dalam kenyataan dimuat naik menerusi akaun rasmi Twitter miliknya, hari ini, memaklumkan paras air di empangan berkenaan terkawal.
"Paras air di Empangan Hidro di Stesen-Stesen Janakuasa Kenyir TNB berada pada paras terkawal dan di bawah paras limpah pada 27 Februari 2022.
"Pemantauan secara berterusan sedang dijalankan dan maklumat yang berkaitan disalurkan kepada pihak berkuasa secara berkala," katanya.
Terdahulu, satu hantaran memaklumkan Empangan Kenyir sudah melepasi paras bahaya tular di media sosial, hari ini.
Status itu juga memaklumkan amaran siren sudah dibunyikan dan menyatakan banjir di Terengganu kali ini amat teruk.
Keterangan gambar:
1. HANTARAN memaklumkan Empangan Kenyir sudah melepasi paras bahaya yang tular di media sosial, hari ini.
- tamat
CIAPAN yang dimuat naik dari akaun Twitter TNB.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramalan Cuaca Negeri
Lokasi: Terengganu Tarikh | Cuaca | Ramalan | 28/02/2022
Isnin |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 21°
Maks: 29° | 01/03/2022
Selasa |
Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman | Pagi: Tiada hujan
Petang: Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman
Malam: Tiada hujan
Min: 21°
Maks: 30° | 02/03/2022
Rabu |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 03/03/2022
Khamis |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 04/03/2022
Jumaat |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 05/03/2022
Sabtu |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° | 06/03/2022
Ahad |
Hujan di satu dua tempat | Pagi: Hujan di satu dua tempat
Petang: Hujan di satu dua tempat
Malam: Hujan di satu dua tempat
Min: 21°
Maks: 30° |
|
|
|
|
|
|
|
|
6,327 mangsa banjir dipindahkan di Kelantan, Terengganu [url=][/url] Penduduk menaiki bot untuk ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka ditenggelami banjir semasa tinjauan di Kampung Besut hari ini. - FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 mangsa ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 malam ini.
Di TERENGGANU, lapan daerah terjejas akibat banjir iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu termasuk tiga daerah baharu mula dilanda banjir sejak lewat petang tadi iaitu Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, seramai 3,334 individu daripada 931 keluarga ditempatkan di 71 PPS seluruh Terengganu, dengan Kemaman mencatatkan jumlah penduduk tertinggi terjejas akibat banjir.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan setakat 9 malam ini, apabila 2,993 mangsa daripada 881 keluarga dipindahkan berbanding 2,186 orang daripada 622 keluarga, petang tadi.
Disyorkan Untuk Anda
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 32 PPS dibuka membabitkan masing-masing sembilan di Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas, manakala lima di Jeli.
Orang ramai meredah air yang melimpahi jalan raya dekat Kampung Darau susulan banjir di beberapa kawasan di Hulu Besut. - FOTO BERNAMA
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Temangan, Machang yang merekodkan bacaan 22.05 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.08 m) dan Sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.4 m). – BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Isnin | 28 Februari 2022
SinarHarian
>> VIDEO > Berita Semasa > Misi bantuan banjir: Lori bawa ADUN Ajil hampir tenggelam
Misi bantuan banjir: Lori bawa ADUN Ajil hampir tenggelam
| | 27 Februari 2022
BERITA SEMASA 27 FEBRUARI 2022
Lori yang membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim bersama beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dalam misi menghantar bantuan makanan untuk mangsa banjir di Kampung Bukit Biah, Hulu Terengganu hampir tenggelam dibawa arus deras. Situasi itu bagaimanapun berjaya dikawal sebelum bot penyelamat yang lain tiba membawa mereka ke lokasi selamat.
Video: Petugas ADUN Ajil
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... il-hampir-tenggelam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Anggota Bomba dan Penyelamat (JPBM) membantu menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam banjir selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Paya Besar, Kuala Berang malam tadi. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Banjir gelombang kelima yang memasuki hari keempat di Terengganu terus merekodkan pertambahan mangsa apabila seramai 11,137 orang terpaksa dipindahkan, setakat 8 pagi.
Ia menyaksikan 157 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 3,177 keluarga.
Jumlah itu menyaksikan pertambahan mangsa berbanding hanya 8,176 orang daripada 2,335 keluarga di 134 PPS malam tadi.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, hanya daerah Marang tidak menunjukkan sebarang pertambahan mangsa, manakala tujuh daerah lain merekodkan peningkatan jumlah mereka yang terjejas.
Kemaman masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila 22 PPS diaktifkan bagi menempatkan 827 keluarga membabitkan 3,026 mangsa.
Ia diikuti Hulu Terengganu yang merekodkan 2,946 orang daripada 950 keluarga dipindahkan ke 27 PPS.
Mangsa banjir turut bertambah di Besut yang menyaksikan seramai 2,187 mangsa daripada 516 keluarga dipindahkan 44 PPS.
Di Setiu, 30 PPS dibuka bagi menempatkan 391 keluarga membabitkan 1,277 mangsa.
Seramai 1,236 mangsa yang terjejas di Dungun turut dipindahkan ke 23 PPS, manakala di Kuala Nerus, jumlah mangsa bertambah kepada 407 mangsa daripada 116 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS.
Di Kuala Terengganu, dua PPS dibuka bagi menempatkan 53 mangsa, sementara di Marang, jumlah mangsa kekal seramai lima orang daripada satu keluarga berada di sebuah PPS.
Disiarkan pada: Februari 28, 2022 @ 9:01am
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seorang penduduk memantau paras air sungai di Kampung Pulau Manis Serada. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Lapan sungai utama di Terengganu direkodkan masih melepasi paras bahaya, setakat 9 pagi ini.
Berdasarkan laman web rasmi Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, sungai yang merekodkan paras bahaya masing-masing dua di Setiu, Dungun dan Kemaman serta satu di Hulu Terengganu dan satu di Kuala Terengganu.
Selain itu, lapan lagi sungai mencatatkan bacaan melepasi paras amaran, manakala lima sungai direkodkan melepasi paras waspada.
Disiarkan pada: Februari 28, 2022 @ 9:47am
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan.
Dua kes Covid-19 libatkan mangsa banjir di Terengganu
PUTRAJAYA – Dua kes jangkitan Covid-19 dikenal pasti dalam kalangan mangsa banjir di Terengganu dengan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes Covid-19 yang dilaporkan telah dikenal pasti dan diasingkan daripada mangsa banjir yang lain di pusat pemindahan sementara (PPS) khas serta tiada kluster dalam kalangan mangsa banjir dilaporkan di setakat ini.
“Dalam masa sama, terdapat tujuh kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) dan satu kes penyakit kulit dilaporkan.
“Tiada kes konjunktivitis, typhoid, kolera, leptospirosis dan denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, dua fasiliti kesihatan di Terengganu terjejas banjir (tahap satu) iaitu Klinik Kesihatan (KK) Wakaf Tapai, Marang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus namun kedua-dua fasiliti tersebut dilaporkan masih beroperasi seperti biasa.
Kataya lagi, sehingga semalam, dua negeri dilanda banjir iaitu Terengganu dan Kelantan dengan sebanyak 54 PPS dibuka melibatkan 15 daerah manakala, seramai 9,741 mangsa banjir. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... njir-di-terengganu/
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA TERENGGANU: Seramai 389 pelancong termasuk 28 kanak-kanak terkandas di Pulau Perhentian susulan keadaan cuaca buruk, sejak kelmarin.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Resort dan Pelancongan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata, kesemua mereka menginap di 19 penginapan di pulau peranginan itu.
“Alhamdulillah, hari ini hujan sudah reda dan keadaan ombak tidak sebesar, semalam.
“Bagaimanapun, operasi bot-bot belum dibenarkan lagi untuk membawa mereka keluar dan kita menunggu makluman terkini daripada pihak Jabatan Laut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam Utusan Malaysia melaporkan operasi bot-bot pelancongan di pulau peranginan di negeri ini dihentikan buat sementara hingga esok berikutan keadaan angin kencang dan laut bergelora.
Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan nyawa pelancong di samping kru bot terjamin.
Penangguhan operasi itu turut menyebabkan kalangan pelancong di samping pekerja terkandas tidak dapat keluar dan masuk ke pulau-pulau peranginan buat sementara waktu. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudahkan buat org pantai timur
banjir kali ni mmg agak teruk juga, kesian kt penduduk yang terkesan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|