CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 6

Seharian Isteri Tahan Sakit Kontraksi, Nubhan Timang Anak Ketiga

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Syukur dan teruja, itu yang diluahkan penyanyi Nubhan apabila berkongsi berita gembira isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.


Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi.


Foto: IG




"Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka.


"erasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.


"Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar," katanya kepada mStar.




  



Terdahulu, Nubhan memuat naik foto dan berkongsi mengenai kelahiran cahaya mata ketiganya itu di laman Instagram.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Sekali Lagi ini berkata dia merancang untuk memiliki dua lagi cahaya mata.




  



"Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah!


"Sekarang ini biarlah isteri berehat dulu sampai anak besar sikit, dia pun akan sibuk dengan perniagaannya selepas ini.




  



  



"Syukur saya dapat pecah tradisi dalam keluarga memiliki dua anak perempuan sebab dalam lapan adik beradik lain mereka hanya memiliki seorang sahaja anak perempuan dan ada yang semua lelaki," ujarnya.


Untuk rekod, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Aafiya Kamilia berusia empat tahun dan Ahmad Aaffan, dua tahun. -CARI

Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 08:51 PM | Show all posts
dia berniaga apa?  

btw, minat dengan lagu dia waktu final AF dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 08:56 PM | Show all posts
Hahahaha, punye la wartawan cari ni jual jg kisah dapat anugerah beli tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah to Nubhan & isteri
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:05 PM | Show all posts
btw nubhan ni tinggi berapa cm?
tengok video dia dengan mak jenny ya ampunnn macam hantu galah yang suka menyakat dan ganggu warga emas... tinggal nak panggil ustaz ruqyahkan ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah nubhan n wife
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk dia melayan mak dia. Mak pun jenis sempoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.105433 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list