CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 3

China bina bulan tiruan

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:33 PM | Show all posts |Read mode

Saintis China membina bulan tiruan sebagai cara mempersiapkan angkasawannya untuk misi eksplorasi di masa hadapan. - Agensi

China bina bulan tiruan

BEIJING –  Saintis-saintis China membina ‘bulan tiruan’ yang mempunyai daya graviti seperti Bulan sebenar untuk membantu mempersiapkan angkasawannya bagi misi eksplorasi di masa hadapan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Persekitaran graviti rendah itu dihasilkan berdasarkan eksperimen mengapungkan katak menggunakan sebilangan magnet, lapor akhbar South China Morning Post.

Bulan tiruan yang dibina di Xuzhou dalam wilayah Jiangsu itu direka supaya dapat menghasilkan graviti sifar. Simulasi bulan itu merupakan sebuah bilik berukuran 0.7 meter yang ditempatkan di dalam ruang vakum.

“Bulan tiruan ini boleh menghasilkan grafiti rendah atau graviti sifar selama mana yang kami mahu,” kata  saintis-saintis berkenaan.

Di dalam bilik tersebut, mereka menghasilkan landskap bulan tiruan termasuk batu dan debu ringan seperti yang terdapat pada permukaan Bulan.

Daya graviti di Bulan adalah satu perenam daripada yang terdapat di Bumi.

“Sesetengah eksperimen contohnya ujian impak hanya memerlukan masa beberapa saat,” kata ketua saintis tersebut, Li Ruilin dari Universiti  Perlombongan dan Teknologi China, Li Ruilin sambil menambah, beberapa ujikaji lain pula mengambil masa lebih lama, malah sehingga beberapa hari.

China menetapkan matlamat untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2030 dan membina sebuah pangkalan di Bulan dalam satu projek bersama dengan Rusia menjelang akhir dekad ini. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01/13/china-bina-bulan-tiruan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 07:32 PM | Show all posts
ala2 citer korea tu kan...yang gong woo berlakon kat netflix tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 08:21 AM | Show all posts

Tak Cukup Dengan Matahari Tiruan, Sekarang China Bina Bulan Pula!

Minggu lepas, China dilapokan membina matahari tiruan untuk mengkaji kepanasan dan kesannya. Terbaru, negara itu membina bulan tiruan yang mempunyai daya graviti seperti bulan sebenar untuk bantu persiapan angkasawan bagi misi explorasi pada masa depan.


kredit foto: Futurism



Bulan tiruan yang dibina di Xuzhou wilayah Jiangsu itu direka untuk menghasilkan graviti sifar. Simulasi bulan itu sebenarnya sebuah bilik berukuran 0.7 meter yang diletakkan di ruang vakum.


kredit foto: Dailynation Today



Persekitaran graviti rendah itu dihasilkan mengikut eksperimen mengapungkan katak dengan hanya menggunakan magnet.


"Bulan tiruan ini menghasilkan graviti rendah atau sifar selama mana yang kami mahu," ujar saintis.

Mereka juga menghasilkan landskap bulan tiruan termasuk batu dan debu ringan yang sama seperti dipermukaan bulan. Untuk pengetahuan anda, daya graviti di bulan adalah satu per enam daripada yang ada di bumi.


kredit foto: TRTWorld



China menetapkan matlamat untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang 2030 dan mereka juga mahu membina sebuah pangkalan di bulan dalam projek bersama Rusia kelak.

Ada sesiapa nak pergi ke bulan kalau diberi peluang? - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat aku paham, yg sebenaqnya bukan la bulan supa hat kita dok bayang ni. Ada pasiaq pa bala tu. Siap bulat dok terapun kot langit tu. Dak. Bukan lagu tu. Habaq ja la kata bilik hat zero graviti pasai ruang vacume. Kan mudah. Dan bilik tu depa buat testin untuk sapa2 hat nak nek ke bukan esok lusa ni. Haduiiyyaaahaiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048346 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list