CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

Kekayaan Jutawan Meningkat, Yang Lain Makin Miskin Semasa Pandemik

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Kekayaan jutawan Asia meningkat 74 peratus manakala 148 juta individu lain di rantau ini terjerumus ke lembah kemiskinan sejak wabak Covid-19 melanda dunia, kata NGO antarabangsa Oxfam.


Badan itu juga mencadangkan beberapa penyelesaian yang boleh membantu mengurangkan ketidaksamaan ini, antara lain seperti peningkatan cukai ke atas individu dan syarikat kaya dan pelaburan lebih besar dalam perkhidmatan awam dan perlindungan sosial.




Gambar hiasan/Getty Images




“Kesan pandemik ini tidak sama. Jutawan terus mengaut kekayaan mereka, tetapi rakyat miskin terus rugi,” kata ketua advokasi dan kempen serantau Oxfam Asia, Mustafa Talpur semasa pelancaran dan perbincangan laporan 'Rising to the Challenge: The case for permanent progressive policy to handle Asia's coronavirus and inequality crisis' melalui Zoom, semalam.


Pada 2020, 147 juta rakyat Asia kehilangan pekerjaan sepenuh masa manakala jutawan Asia pula mengaut AS$1.46 trilion.


Mustafa berkata, jumlah itu mencukupi untuk menyediakan gaji hampir AS$10,000 kepada setiap individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun berkenaan.


Bilangan jutawan di Asia juga menyaksikan lonjakan ketara sejak Mac 2020, katanya memetik angka daripada Forbes.


Terdapat 803 jutawan (billionaire) di Asia pada Mac 2020 tetapi jumlah itu meningkat kepada 1,087 menjelang November 2021.


"Beberapa orang terkaya di rantau ini mendapat manfaat secara langsung daripada krisis itu," katanya.


Antara jutawan baru yang muncul sejak permulaan Covid-19, dua puluh daripada mereka mengumpul kekayaan melalui bidang farmaseutikal, peralatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan memerangi virus itu.


Semua ini mengakibatkan ketidaksamaan yang teruk, dengan satu peratus terkaya di Asia memiliki lebih banyak kekayaan daripada gabungan 90 peratus termiskin pada November 2021, kata Mustafa.




Sumber: MalaysiaKini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.056565 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list