CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 785|Reply: 2

Haiwan Peliharaan Penolak Bala, Bunyi Misteri Hilang Lepas Bela Kucing

[Copy link]
Post time 14-1-2022 06:51 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita di Indonesia mendedahkan bahawa bunyi misteri pada bumbung rumah yang sering mengganggu tidurnya hilang selepas dia membela seekor kucing, lapor Berita Hits semalam.


Berdasarkan perkongsian di Twitter, wanita itu berkata, sebelum ini dia sering mendengar bunyi seperti sesuatu sedang mencakar bahagian bumbung rumahnya antara pukul 2 hingga 3 pagi.




Gambar hiasan




“Dahulu, sebelum membela kucing, saya sering mendengar bunyi cakaran dari bumbung rumah. Saya menyangkakan ia disebabkan oleh musang atau tikus.


“Bagaimanapun, selepas beberapa kali meletakkan racun tikus, bunyi tersebut tetap tidak hilang,” kata wanita itu.


Tambahnya, setiap kali dia mengejutkan suaminya, bunyi tersebut hilang serta-merta, sekali gus meyakinkan mereka bahawa ia berkemungkinan adalah gangguan makhluk halus.


Menurutnya, bunyi tersebut bagaimanapun hilang selepas dia membela seekor kucing yang ditemui di pasar.


“Saya membela kucing yang saya temui di pasar kerana saya memang menyukai kucing.


“Apa yang aneh adalah bunyi-bunyian misteri itu akhirnya hilang sejak kucing itu berada di rumah,” ujarnya yang tidak dapat memastikan sama ada kejadian tersebut hanya kebetulan atau sebaliknya.


Ciapan wanita itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai kejadian tersebut.


“Haiwan peliharaan memang dianggap sebagai penolak bala. Kalau ada yang berniat jahat, kucing kita akan tiba-tiba jatuh sakit kerana mereka yang akan terkena niat jahat itu dahulu.


“Saya sering menonton filem seram pada waktu malam bersama kucing di sisi kerana berasa lebih selamat,” antara komen netizen.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 09:02 AM | Show all posts
Tikus la tu goblok nya yindon
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Khurafat ajer dapat dekat yendon nieyh. Entah2 musang ker, burung ker, tak pon kera. Yihhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055240 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list