CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 708|Reply: 2

Ratusan Penjawat Awam Cemas Siling Auditorium Tingkat 11 Runtuh

  [Copy link]
Post time 14-1-2022 06:27 AM | Show all posts |Read mode
Ratusan kakitangan pelbagai agensi kerajaan berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan pada siling auditorium tingkat 11 di Wisma Dang Bandang petang semalam.


Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.


Runtuhan yang mengakibatkan gegaran itu menyebabkan semua pekerja di bangunan berkenaan keluar untuk berkumpul di tempat yang selamat.




Keadaan siling di auditorium tingkat 11 Wisma Dang Bandang yang runtuh dalam kejadian petang tadi. - FOTO: IHSAN BOMBA




Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada pukul 3.32 petang.


“Semua orang awam diarahkan untuk terus berada di tempat selamat dalam pekarangan bangunan berkenaan sementara pemantauan dijalankan.


“Pasukan bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian dan mengarahkan pihak pengurusan bangunan untuk tidak memasuki kawasan yang terjejas sehingga mendapatkan pengesahan keselamatan struktur bangunan daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).


“Selepas memastikan tiada situasi berbahaya, operasi ditamatkan pada pukul 4.18 petang,” katanya.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 09:06 AM | Show all posts
Mungkin ada unsur rasuah pakai material cap ayam
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dang bangdang ni kot mana? Tak penah dengaq nama lagu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072771 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list