Dua hospital di bandar Xi’an yang ketika ini masih melaksanakan perintah berkurung ditutup, termasuk hospital yang enggan merawat seorang wanita sehingga dia mengalami keguguran.
Menurut pihak berkuasa China, kedua-dua hospital itu ditutup bagi membolehkan pihak pengurusan ‘menyedari kesilapan dilakukan’.
Hospital Gaoxin/Imaginechina
Pengurusan tertinggi di Hospital Gaoxin dipaksa memohon maaf pada minggu lalu selepas tersebar gambar menunjukkan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik sambil berlumuran dadah, lapor AFP.
Wanita itu mendakwa dia tidak diberikan rawatan kerana ujian Covid-19 yang dilakukannya tersasar sedikit dari tempoh 48 yang diperlukan.
Dalam satu lagi kejadian di sebuah hospital lain, seorang penduduk memberitahu bapanya meninggal dunia selepas tidak mendapat rawatan yang sepatutnya atas alasan ‘pandemik Covid-19’.
Kedua-dua hospital tersebut sudah diberikan amaran dan digantung operasi selama tiga bulan serta hanya dibenarkan dibuka semula selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.
Pihak berkuasa menyifatkan kedua-dua hospital tersebut gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelamatkan nyawa dan memberi rawatan yang sewajarnya.
Sumber: Utusan |