CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Sabah] Bantuan Wang Ihsan mangsa kebakaran akan dicadangkan

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:30 PM | Show all posts |Read mode


LAWAT: Zailah semasa melawat mangsa kebakaran di Pusat Penempatan Sementara di sini.

TAWAU: Cadangan bantuan wang ihsan untuk mangsa kebakaran akan dibawa ke peringkat atasan bagi membantu mereka yang terlibat memulakan hidup baharu.  

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof berkata sebelum ini mangsa banjir telah diberikan wang ihsan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal.

“Kalau kita lihat mangsa kebakaran turut mengalami nasib yang serupa kerana mereka juga kehilangan tempat tinggal dan harta benda secara keseluruhannya.

“Justeru, saya akan bawa cadangan tersebut ke peringkat atasan untuk dibincangkan supaya mangsa kebakaran juga diberikan wang ihsan daripada kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Lorong Sungai Buaya, Batu 2, Tawau Lama, di sini hari ini.

Katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga mempunyai bantuan khas iaitu Tabung Bencana bagi menbantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah seperti kebakaran.

“Kami juga akan melihat keperluan-keperluan lain yang diperlukan oleh mangsa kebakaran di sini supaya mereka tidak terlalu terbeban dengan masalah ini.

“Selain itu, kita turut berkolaboratif dengan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri, Yayasan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memastikan semua mangsa musibah mendapat perhatian,” katanya.

Zailah berharap dengan sumbangan kit makanan dan wang tunai yang disampaikan itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa.

“Saya difahamkan juga, wakil rakyat, ahli perniagaan dan NGO tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di sini.

“Saya berharap semua mangsa tabah menghadapi dugaan diberikan dan berdoa agar mereka mendapat kehidupan yang lebih baik selepas ini,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.149068 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list