View: 960|Reply: 8
|
Wanita Terkurung 4 Hari Di Rumah 'Blind Date' Lepas Tiba-tiba Lockdown
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di China terkurung empat hari bersama jejaka yang baru dikenalinya apabila dia terkandas di rumah lelaki berkenaan disebabkan pelaksanaan perintah berkurung Covid-19, lapor Badan Penyiaran Britain semalam.
Wanita dikenali sebagai Wang itu memuat naik hantaran di WeChat pada minggu lepas dengan memberitahu bahawa dia terkandas di rumah lelaki yang dikenalinya menerusi janji temu janji buta (blind date).
Kredit foto: BBC
Berdasarkan hantarannya, dia baru pulang ke bandar Zhengzhou dari Guangzhou menjelang sambutan Tahun Baru Cina.
“Disebabkan umur saya semakin meningkat, ibu bapa menetapkan 10 sesi temu janji untuk saya bersama lelaki berlainan.
“Lelaki kelima itu mendakwa bahawa dia amat bagus dalam memasak, jadi, dia menjemput saya pergi ke rumahnya untuk merasai masakannya,” kata Wang.
Bagaimanapun, ketika menikmati makanan di rumah lelaki itu, kawasan tersebut tiba-tiba berada dalam pelaksanaan perintah berkurung akibat kenaikan mendadak kes Covid-19.
Kredit foto: BBC
Situasi tersebut menyebabkan Wang terkandas di rumah lelaki itu selama empat hari.
Sementara itu, meskipun menyifatkan keadaan tersebut sebagai bukan sesuatu yang ideal, Wang mengakui bahawa lelaki berkenaan memasak setiap hari ketika mereka terkandas bersama-sama.
“Dia bagaimanapun tidak banyak bercakap,” kata Wang.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hat ni memang ciri para qoum hawa suka lah ni. Pandai masak lepaih tu tak banyak bunyi. Buat ja pa bala benda hat depa suruh |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki mcm tu diambik kesempatan kebaikannya maka besar kemungkinan akan mencari skandal..
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja9 replied at 13-1-2022 09:42 PM
lelaki mcm tu diambik kesempatan kebaikannya maka besar kemungkinan akan mencari skandal..
Hat nak cari skandal sat gi tu laki pa pompuan? Mahap la na hang punya maksud tak sampai kat otak aku ni ha. Seloo pulak aku mlm ni. Jadi hat kemungkinan pi cari skandal esok lusa ni hat pompuan ka laki? |
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 13-1-2022 09:43 PM
lebarnya dahi ko dik
Tu tanda bijak la kot no? |
|
|
|
|
|
|
|
laki lah yg cari.. dah kurang kebahagian bila diperlakukan hampir spt kuli...... ah gurau2...
|
|
|
|
|
|
|
|
gelak aku baca ..ada benernye
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkinkah itu dinamakan jodoh.. elok terkandas kt rumah org pandai masak |
|
|
|
|
|
|
| |
|