CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Sabah] Bangunan terbengkalai di Jalan Dunlop tidak akan dibongkar

[Copy link]
Post time 13-1-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode


BONGKAR: Bangunan terbengkalai yang cuba diroboh oleh pihak tertentu.

TAWAU: Bangunan terbengkalai berhadapan Jalan Dunlop, di sini tidak akan dibongkar memandangkan tapak dan tanah itu adalah milik sepenuhnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang Pick Lim berkata pihaknya menafikan bahawa bangunan itu akan dibongkar seperti yang tular dimedia sosial baru-baru ini.

“Bangunan yang dikenali sebagai blok D itu adalah tanah berdaftar dibawah tanah kerajaan negeri untuk tujuan komersil dan telah diperoleh oleh MPT.

“Sebenarnya tiada isu pihak luar mahu menuntut untuk membongkar bangunan tersebut dan kita juga sudah mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negeri bahawa perkara itu sudah selesai,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya, MPT mohon supaya tiada ada sebarang tindakan atau pencerobohan yang dilakukan ke atas bangunan tersebut tanpa keizinan.

“Semua pihak diminta untuk memberikan kerjasama agar menjaga kepentingan harta milik kerajaan dan tindakan akan dibuat sekiranya didapati menceroboh bangunan tersebut.

“Laporan polis juga sudah dibuat dan sekiranya ada pihak yang cuba menceroboh bangunan tersebut akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya.

Mengenai perancangan MPT terhadap bangunan tersebut, Joseph berkata pihaknya akan berbincang lebih lanjut dan sudah pasti ia akan memberikan kebaikan kepada warga Tawau.

Katanya, MPT akan merangka satu tindakan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kepentingan semua warga Tawau.

“Saya berharap masyarakat Tawau akan memberikan kerjasama kepada MPT untuk bersama-sama membangunkan daerah ini agar menjadi sebuah bandar yang maju,” katanya.

Terdahulu, MPT mendapat aduan berkenaan bangunan terbengkalai tersebut akan dibongkar pada Sabtu ini yang diketuai oleh salah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.560286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list