CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2317|Reply: 24

"Anak Bini Nak Makan, Bank Call Hari-Hari,'- Pemain Bola Melaka United Bengang Dah 3 Bulan Tak Gaji

[Copy link]
Post time 13-1-2022 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi buruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober tahun lalu.


Mungkin ia agak mengejutkan, namun itulah senario sebenar dalam kem Melaka United ketika ini apabila ramai pemain skuad yang mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu itu diburu pihak bank ekoran kegagalan menjelaskan komitmen bulanan.


Antara mangsa penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat apabila perbualannya di laman sosial menjadi viral dengan beliau mengakui diburu pihak bank selepas tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.


"Ini pun sampai tiga bulan kita orang diam tau. Sebab nak jaga kan team. Tapi dah lama sangat kita orang pun 'tension' bank dok call hari-hari, anak bini nak makan," tulisnya.


Foto: Harian Metro




Situasi sama turut dikongsikan seorang lagi pemain Melaka United yang enggan dikenali kepada Arena Metro apabila mengesahkan situasi berkenaan.


Katanya, pengurusan kelab berjanji menyelesaikan tunggakan gaji pada awal Disember lalu, namun sehingga kini janji tinggal janji.


"engurusan kelab kata nak bayar pada awal Disember. Kami tunggu, tapi habuk pun tak ada. Lepas itu mereka janji lagi, kata nak masuk pertengahan bulan lepas, pun sama tak ada juga.


"Sehinggalah tahun baru dah masuk ini, sama juga gaji kami tetap tak masuk. Kami dah tak boleh sabar, kesian dekat keluarga kami yang perlu diberikan makan dan minum.


"Itu belum lagi kira bayaran komitmen rumah dan kereta…sekarang ini bank asyik call tanya bila nak bayar. Kami harap sangat pihak kelab segera selesaikan tunggakan kerana kami perlukan gaji kami," kata pemain itu.


Untuk rekod, skuad Hang Tuah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan mengharungi kempen Liga Malaysia dengan cukup baik sepanjang musim lalu.


Kemuncaknya dalam saingan Piala Malaysia apabila Melaka United berjaya mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia pada Oktober lalu yang menyaksikan pasukan itu berjuang hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum tewas 3-5 di tangan Kuala Lumpur City FC. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kerabat j sound management pasukan mlaka ni kan? Xbaik aniaya anak bini org weyhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
nak buat team bola skurangnya kena ada rm10 juta.x da rm10 juta x yah la buat team.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 08:58 AM | Show all posts
Hujung2 nnt muka2 player bolasepak ni jugak lar yg harap bantuan tua esk. Waktu gaji tgh masyuk haram nk beringat. Bini pn sama naik fefeeling cam WAGs EPL punya player.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds: Hujung2 nnt muka2 player bolas ...


Masa duit tgh byk awek keliling pinggang.. disko tempat lepak... pakai kete pun berlawan lawan.. mjlis kawin kalah anak raja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah2 sgt pi cari keje je la...main bola pun takat dlm msia je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemain bola ni mmg takde sumber income lain ke? Takleh ke cari keje partime?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:44 AM | Show all posts
bukan ke bini tu bisnis produk timbang kilo?
mana pi duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 11:16 AM | Show all posts
Tipikal senario bola di malaysia. Kesian players ni.
It is not ada simpanan atau tidak. atau kena bayar bank. Bila dah kerja, kena byr gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:30 PM | Show all posts
matseh replied at 13-1-2022 11:16 AM
Tipikal senario bola di malaysia. Kesian players ni.
It is not ada simpanan atau tidak. atau kena ba ...

Betul.. bukan hal pemain bola ke apa.. orang keje swasta makn gaji pun ramai gak gaji  cukup bulan habis walaupun gaji cecah 10k. Ini hal tak bayar gaji.  Depa ada la saving tu, tu pasal boleh hidup walaupun 3 bulan tak dapat gaji.. nama pun saving kalau ambik lama2 habis jugak.  Administration dapat gaji tak? Ke.. GM dan seangkatan dapat, player je tak dapat..
Kebanyakan kita pun kalau gaji 20-30k sebulan, masih muda pulak tu.. nafsu material mestilah macam2..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:34 PM | Show all posts
matseh: Tipikal senario bola di malaysia. Kesian players ni.It is not ada simpanan atau tidak. atau kena bayar bank. Bila dah kerja, kena byr gaji.


ye btl.. dh namanya gaji byr la.. duit tu mmg la kna wat mcm2..

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds: Hujung2 nnt muka2 player bolas ...
sangattt.. dulu tgk ig si liuniey nyampahh je rs
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Elie jejari runcing sunyum kamben.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 13-1-2022 08:58 AM
Hujung2 nnt muka2 player bolasepak ni jugak lar yg harap bantuan tua esk. Waktu gaji tgh masyuk hara ...

Kannn....

Gaji memasing kemain tinggi....dah diingatkn pun, saving kena ada sekurang kurangnya 6bln.....tanak beringatttt.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:26 PM | Show all posts
Mungkin dah sampai masa untuk beralih bidang demi untuk kelangsungan hidup.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah hidup tak selalu dilayangkan
Sesekali merasa susah kejap
Tapi nanti dibayar sedebuk boleh simpan balik cover mana yang lompang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 04:56 PM | Show all posts
Bekas tunang a.k.a. blog jejari runcing tersnyum sinis sambli flip tudung bawal yaach
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mintak kerja kat jdt lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-1-2022 03:53 PM
Elie jejari runcing sunyum kamben.


elli semakin menembun ke skanv ni eh? dah lama x tau apa citer psl sheols ni
cuma tau dia dh kawen je la
teringat kaka hering skali
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 06:11 PM | Show all posts
Punyai masalah? Gaji tertunggak?Terutama pemain pemain yg penuh kaliber dan berbakat yg mahu kembangkheun sayap ke tim sebelah selatan?

Worries no more...jap lagi abg jamil sampai....
[youtube]KxHfkOoujoU[/youtube]

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.064916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list