CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 661|Reply: 1

[Tempatan] Doktor baru pulang mesyuarat bantu bomba beri rawatan awal mangsa kemalangan

[Copy link]
Post time 12-1-2022 11:48 PM | Show all posts |Read mode
Doktor baru pulang mesyuarat bantu bomba beri rawatan awal mangsa kemalangan

https://www.utusan.com.my/terkin ... -mangsa-kemalangan/

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
12 Januari 2022, 11:39 pm


DR. Mohd Saiful Mohd. Said (kiri) turut membantu pihak bomba memberikan rawatan kepada seorang mangsa kemalangan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, Kuala Pilah malam tadi.

KUALA PILAH: Seorang doktor yang baru pulang dari mesyuarat di ibu negara sempat memberi bantuan awal kepada seorang mangsa kemalangan yang cedera dalam kejadian di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini malam tadi.

Dr. Mohd Saiful Mohd. Said yang mempunyai sebuah klinik di Bandar Sri Jempol ketika itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur dan telah membantu pihak bomba memberi rawatan awal kepada mangsa kemalangan membabitkan dua buah kenderaan itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.41 malam dan tiba di lokasi lokasi 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati terdapat kemalangan melibatkan dua buah kenderaan melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan sebuah lori lapan tan.

“Tindakan anggota bomba ialah memberi rawatan awal di tempat kejadian dan dibantu oleh Dr. Mohd. Saiful Mohd Said selain kami membersihkan sisa cebisan darah dan minyak di lokasi kejadian, ” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Syazwan, maklumat awal yang diperoleh dari pemandu lori berkenaan, mereka dari arah Kuala Lumpur ke Rompin selepas selesai penghantaran barang membawa nanas dan kemudian mendengar dentuman yang kuat dari arah belakang lori berkenaan.

“Apabila keluar dari lori tersebut, dia mendapati sebuah kereta jenis Mercedes Benz 220 telah melanggar dan didapati pemandu kereta itu cedera di bahagian muka, dada dan patah pergelangan tangan kanan,” katanya.

Mangsa, Lim Min Shong, 75, telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut manakala tiga lagi yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 08:33 AM | Show all posts
“Tindakan anggota bomba ialah memberi rawatan awal di tempat kejadian dan dibantu oleh Dr. Mohd. Saiful Mohd Said selain kami membersihkan sisa cebisan darah dan minyak di lokasi kejadian, ” katanya hari ini.


ayyoyyooo..mcmana darah n minyak boleh jadi cebisan?!! teruknya BM reporter nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049824 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list