CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 262|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 12/01/2022

[Copy link]
Post time 12-1-2022 10:12 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 280 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 243,238 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Tuaran. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 119 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 235,811 orang. Manakala 787 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 444 orang di hospital, 340 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, dua (2) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 36 orang merangkumi 33 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 26 (26.26%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian hari ini bertambah 27 kes lagi kepada 280 kes berbanding 253 semalam.

b. Beberapa daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih tinggi. Antaranya Ranau yang menambah 22 kes baharu kepada 33 kes, Papar tambah 11 kes kepada 20 kes dan Kinabatangan daripada satu (1) kes semalam kepada 26 kes hari ini.

c. Jumlah kes yang melonjak tinggi di Kinabatangan berpunca daripada Kluster Sungai Trayon yang merekodkan 25 kes positif baharu hari ini. Kluster baharu yang diisytiharkan hari ini melibatkan seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing. Saringan ke atas 382 pekerja dan kontak rapat mendapati 24 orang lagi telah dijangkiti COVID-19.

d. Tuaran mencatatkan jumlah penurunan kes terbesar sebanyak 18 kes, daripada 29 kes kelmarin kepada 11 kes sahaja pada hari ini. Perubahan turun naik kes harian di daerah-daerah lain berlaku setiap hari pada kadar marginal. Tidak ada kes baharu di empat (4) daerah.

e. Daripada 280 kes hari ini, 276 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu (1) kes dalam Kategori 2, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes baharu dalam Kategori 5. Satu (1) kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS.

f. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (125) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Sungai Trayon - Kinabatangan melibatkan penularan COVID-19 di salah sebuah ladang kelapa sawit di daerah Kinabatangan. Kes indeks merupakan pekerja lelaki (harvester), warganegara Indonesia, 48, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Sandakan pada 09 Januari 2022, selepas bergejala pada hari sebelumnya. Kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati sebanyak 24 kes dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.195241 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list