CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 832|Reply: 14

[Tempatan] KL ikut jejak Paris warta had laju 30km/j

[Copy link]
Post time 12-1-2022 05:59 PM | Show all posts |Read mode
KL ikut jejak Paris warta had laju 30km/j

https://www.utusan.com.my/terkin ... ta-had-laju-30km-j/

Oleh AMREE AHMAD
12 Januari 2022, 5:48 pm

SURET Singh (dua dari kiri) bertukar cenderamata dengan Mahadi Che Ngah (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – DBKL

PUTRAJAYA: Selepas ibu kota Perancis, Paris mewartakan had laju maksimum 30 kilometer sejam (km/j) pada 30 Ogos tahun lalu, Kuala Lumpur pula bakal mengikut jejak yang sama.

Demikian dibayangkan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh menerusi ciapan dalam akaun sosial Twitter beliau baru-baru ini susulan hasil kunjungan hormat beliau ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah di pejabatnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu.

“Miros dan DBKL akan bekerjasama untuk menjadikan had laju 30 km/j dilaksanakan zon tertentu manakala 50 km/j di kawasan lain bakal menjadi kenyataan,” jelas ciapan tersebut.

Difahamkan, kerjasama dua badan awam itu bakal melibatkan usaha mengenal pasti jalan raya yang bersesuaian untuk pewartaan had kelajuan maksimum bagi kenderaan berkenaan.

Paris tahun lepas menjadi kota raya yang ketiga di Perancis telah berbuat demikian selepas Grenoble dan Lille, selain bandar Bilbao di Sepanyol dan ibu negara Belgium, Brussels. Langkah Paris itu diperkenalkan Datuk Bandarnya, Anne Hidalgo dalam usaha menggalakkan warga kota menaiki pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan pencemaran udara.

Usaha yang dkritik banyak pihak seolah-olah kembali ke era awal abad ke-20 itu antara sebahagian persiapan menjelang temasya terbesar dunia, Olimpik Musim Panas Paris 2024.

Mengulas lebih lanjut, Suret berkata, sebelum pewartaan laluan yang terlibat, kamera litar tertutup (CCTV) perlu dipasang untuk merakam kesalahan trafik pemandu melebihi had laju itu dan Miros dalam peringkat akhir merangka had standard maksimum 30 km/j bagi semua kawasan perumahan tidak kira sama ada di bandar dan kampung.

Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Perintah Had Laju Bandaraya Kuala Lumpur 1989), pemanduan dalam kawasan pusat bandar ditetapkan sehingga maksimum 50 km/j, namun Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga yang melibatkan laluan utama tertentu diwartakan oleh pihak berkuasa dibolehkan pemanduan masing-masing 60, 70 dan 80 km/j.

Malaysia antara negara yang meratifikasi Deklarasi Stockholm hasil Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keselamatan jalan raya di ibu kota Sweden itu pada 2020.

Sejumlah 80 menteri pengangkutan yang menghadiri acara tersebut berikrar mengurangkan sehingga separuh bilangan kes kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2030 dan turut dicadangkan ialah penetapan had laju 30 km/j sebagai norma baharu di kawasan lazim digunakan bersama penunggang motosikal dan basikal pemandu kereta serta pejalan kaki.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo rupanya nak suruh naik pengangkutan awam... nah makan selipar jepun saiz 10 aku!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 06:09 PM | Show all posts
Mula suruh pandu 30 km/j lama2 tak boleh menadu ditengah bandar semua kena pakat naik train.  Jalan tengah bandar pun banyak yang dah makin kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 06:21 PM | Show all posts
lepas tu tutup jalan x bagi kenderaan masuk
atas alasan zone hijau
dengan kempen
hari sabtu adalah hari tanpa kenderaan
kalau lrt tu cuma walking distance from rumah i no hal
ini jauh weh
nak kena drive p parking sana
padahal nak g mid valley yang cuma 7km from home
choiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
KL kotor..harap  ikut juga cara singapore denda buang sampah merata2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
so nanti kereta2 semue akan slow ala kura2 ke tgh KL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 07:07 PM | Show all posts
Boleh tak kalau nak buat apa2 berkaitan pengangkutan awam, tanya orang yang memang guna pengangkutan awam???

Dalam KL, pengangkutan awam efisien.

Tapi laluan pejalan kaki macam palat..
Hat cantik pun belah dataran ja. Ok sikit belah KLCC.

Tempat lain laluan berlubang, tak ada teduhan/bumbung, kena blok kereta/motor, laluan kaki lima jadi tempat orang jual barang.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 09:17 PM | Show all posts
30km/j...yg bwk manual sah2 meroyAn nnti...

btw dorang tu prepared sbb ade event...yg mesia g nk follow buta2 buat pe...byk lg bende elok bleh buat...atau yg x buat lg...atau p mam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
boss boss vip vvip segala ni buat dulu tgk. Masing ² vellfire lepad mecedes reti ke slow? Reti ke guna public transport? Marhaen aje yg kena game tak habis
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
London dah berkurun had max kelajuan 20mph tiada masalah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:08 PM | Show all posts
Tang mana ja dalam KL tu yang boleh pecut even ko bagi 60 km/j pun?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
W

Dah knp aq baca Perlis..hahaha .banyak kali tengok baru bunyi Paris
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:50 AM | Show all posts
My neighborhood ni 30 km aje, my summer home neighborhood 10 km aje tak boleh lebih lepas tu island tu mostly 50 km aje, certains area 80 km..

Tiada masalah, kalau nak pecut pi highway
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 07:49 AM | Show all posts
so menteri yang di escort pun akan kena had yg sama? pls be fair.. bukan kau sorang yg ada kerja nk buat..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 13-1-2022 04:50 AM
My neighborhood ni 30 km aje, my summer home neighborhood 10 km aje tak boleh lebih lepas tu island  ...

Ini malaysia.
Semua benda kena complaint.
Kerajaan kena sesuaikan kehendak rakyat bukan rakyat kena sesuaikan keadaan dengan arahan kerajaan
Kemudahan, kebajikan, gaji kena ikut negara maju tapi mentaliti rakyat negara mundur.
Dari kerajaan hingga ke rakyat rosak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.074827 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list