CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 584|Reply: 1

Tikus 'wira' pengesan periuk api di Kemboja mati

[Copy link]
Post time 12-1-2022 05:42 PM | Show all posts |Read mode

Magawa yang dianggap sebagai 'wira' Kemboja kerana berjaya mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain, mati pada usia lapan tahun selepas berkhidmat selama lima tahun. - Foto Reuters/Cindy Liu

ANKARA - Tikus pengesan periuk api Magawa yang dianggap sebagai 'wira' Kemboja mati pada usia lapan tahun selepas berkhidmat selama lima tahun, kata pertubuhan bukan keuntungan Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) pada Selasa.

APOPO merupakan organisasi Belgium yang melatih tikus gergasi Afrika untuk menyelamatkan nyawa dengan mengesan periuk api dan penyakit batuk kering.

"Dengan dukacita kami berkongsi berita sedih bahawa HeroRAT Magawa telah mati pada hujung minggu ini," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi itu.

"Magawa berada dalam keadaan sihat dan menghabiskan sebahagian besar minggu lepas bermain dan cergas seperti biasa, tetapi menjelang hujung minggu pergerakannya mulai perlahan, lebih banyak tidur siang dan kurang berminat terhadap makanan pada hari-hari terakhirnya."

Sepanjang tugasnya, Magawa mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain, menyelamatkan banyak nyawa di Kemboja, menjadikannya "HeroRAT APOPO paling berjaya setakat ini", kata kenyataan itu.

Magawa dianugerahkan Pingat Emas PDSA pada September 2020 - anugerah tertinggi untuk keberanian yang boleh diterima haiwan dan bersara tahun lalu, digantikan oleh HeroRAT Ronin.

Tikus gergasi Afrika itu lahir di Tanzania pada November 2013. Selepas dilatih oleh APOPO, ia dibawa ke Siem Reap di Kemboja pada tahun 2016 untuk memulakan tugasnya, tambah laporan itu. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... api-di-Kemboja-mati
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 09:23 PM | Show all posts
simpati...btw terima kasih (mcm pelik plak )
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.188500 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list