View: 607|Reply: 3
|
[Dunia]
Kapal layar mewah versi terbang
[Copy link]
|
|
Kapal layar mewah versi terbang
https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ewah-versi-terbang/
Oleh KOSMO!
12 Januari 2022, 5:00 pm
Air-Yacht boleh berlayar di atas permukaan air sekiranya perlu. – SWNS
ROM, ITALI – Sebuah syarikat pereka pengangkutan berkonsepkan air, Lazzarini Design Studio, memperkenalkan sebuah kapal layar terbang mewah yang direka sebagai pengangkutan udara, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Kapal layar diberi nama Air-Yacht itu mempunyai beberapa ciri yang terdapat pada bot namun apa yang membezakannya adalah dua belon udara yang boleh membuatkannya terbang seperti pesawat.
Kedua-dua belon udara tersebut dihubungkan menerusi empat jambatan karbon pada setiap sisi menuju ke struktur tengah.
Panjang keseluruhan bagi struktur gentian karbon udara adalah 150 meter (m), dengan lebar 80 m, manakala dek utama berukuran 80 m panjang dan 10 m lebar.
Selain itu, terdapat sebuah ruang bawah tanah yang boleh terapung membolehkan kenderaan itu mendarat di atas air apabila perlu.
Lima buah suite untuk penumpang turut dibina di setiap bahagian belon udara manakala suite pemilik kapal pula ditempatkan di bahagian tengah dengan pemandangan 360 darjah.
Dikuasakan oleh bateri ultra ringan dan beberapa panel solar, kapal layar terbang itu boleh terbang pada kelajuan maksimum 60 knots dalam tempoh lebih 48 jam.
Pemilik Lazzarini Design Studio, Pierpaolo Lazzarini berkata, Air-Yacht tidak akan digunakan untuk tujuan pengangkutan awam atau pelancongan tetapi direka untuk seorang pemilik persendirian. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagus byk fungsi...harga mau million nie kot |
|
|
|
|
|
|
|
Cabin tengah terlindung view, sepatutnya tinggi dari kedua belun tu |
|
|
|
|
|
|
|
Akan ada yacht girl versi air yacht.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|