CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 7

Hafiz Suip Tetap Merendah Diri Bersaing Dengan Penyanyi Baharu

  [Copy link]
Post time 12-1-2022 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Populariti yang dikecapi oleh Hafiz Suip menjadikan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang nyanyian tanah air.


Selepas menjuarai pertandingan Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) lalu, Hafiz terus mencipta nama menerusi lagu-lagu popular seperti Awan Nano serta duet bersama penyanyi wanita popular, antaranya terbaharu adalah Ernie Zakri untuk lagu Berakhirlah Pencarianku.


Dalam kehidupan peribadi pula, Hafiz, 31, yang berkahwin dengan Nureffy Jasreel Abdullah, kini bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri dan Muhammad Alkaf Zayne.


Foto: IG




Mengakhiri 2021 yang baru seminggu berlalu, Hafiz dengan kerjasama Alternate Records & Talents berjaya melahirkan single solo berjudul Takluk Cinta.


"Saya bersyukur kerana selepas melalui pelbagai rintangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun, single ini berjaya dihasilkan.


"Menariknya, lagu ini adalah runut bunyi (OST) untuk sebuah drama di slot Samarinda TV3 bertajuk Saat Kau Takluk Cinta Ini.


"Lagu istimewa ini dihasilkan secara gabungan oleh Ikhwan Fatanna bersama Iqie Hugh dan lirik juga ditulis oleh mereka berdua," katanya.




  



Lagu Takluk Cinta itu difahamkan memang dicipta khas untuk Hafiz yang terkenal dengan lontaran suaranya yang lunak sekali gus menjadikan semua lagu nyanyiannya mudah diterima peminat muzik.


"Saya berasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk berkolaborasi bersama Alternate Records & Talents dalam menyanyikan lagu ini.




  



"Sebenarnya, saya juga sudah lama mencari lagu yang bersesuaian dan apabila ditawarkan untuk menyanyi lagu OST ini, saya terus bersetuju kerana demo diberikan amat sesuai dengan genre muzik saya.


"Alhamdulillah, saya juga gembira apabila proses rakaman dibuat tidaklah begitu sukar seperti ketika di era PKP yang lalu," katanya.


Biarpun popularitinya masih bertahan, penyanyi kelahiran Kuching Sarawak ini tetap merendah diri dengan saingan hebat daripada penyanyi-penyanyi baharu sekarang.




  





  



"Jujur saya katakan, sebenarnya tak mudah juga untuk bersaing dengan penyanyi baharu yang sedia ada lebih-lebih lagi ketika zaman sosial media seperti Instagram, Tik Tok dan lain-lain lagi.


"Namun saya yakin dengan bakat yang ada ini dan insya-Allah akan terus dapat bersaing dengan mereka. Saya benar-benar bersyukur dan harapnya agar lagu baharu kali ini dapat menghiburkan ramai orang dan diterima baik pendengar," katanya.


Sehubungan itu, lirik video lagu Takluk Cinta kini boleh ditonton di Youtube Alternate Records & Talents, termasuk lagu ini juga boleh didengari di semua pelantar muzik digital. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurus bagus. Tp, kenapa kurus dia kering and macam tak cukup zat je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak busuk pulak bila dah kurus
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sakit ke? Kalau sakit harapnya cepat sihat. Harap bukan sakit cari sendiri. Masa dia tembam comel je
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 10:19 AM | Show all posts
AcikBuncit replied at 12-1-2022 09:54 AM
Nampak busuk pulak bila dah kurus

khen... nampak kedut2 gitu tangan doa pun...tapi takpelah asalkan heols sihat supaya boleh melambung sampai ke syiling tiap2 hari...

kalau gemuk macam ali puteh lagi tak herlokkk sampai 7 keturunan takkan di maafkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 01:58 PM | Show all posts
Suka suara hafiz ni sedap je. Wife pun cantik. Tapi knp kurus sgt sekarang ni. Dulu berisi sikit comel je.  (lelaki kalau kurus sgt pun tk ensem) hihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 02:17 PM | Show all posts
Hafiz ni ade slip disc kan...mgkn sb tu kurus kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
makin kurus dia ni...kalo kurus sgt takut postur bdn melengkung mcm x cukup zat... semoga,baik2 la hendaknya.. iols antara yg suka dgn sore beliau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.083632 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list