CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 8

Tiga Dekad Hidup Bersama, Kid Search Imbau Kenangan Dengan Arwah Isteri

[Copy link]
Post time 12-1-2022 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Pemain gitar Search, Kid menganggap pemergian isteri tercinta, Allahyarham Noraznin Yusof pada 29 November, tahun lalu umpama membawa bersama sebahagian daripada dirinya.


Kata pemilik nama sebenar Hamzah Md Taib itu, hampir tiga dekad hidup bersama, Allahyarham bukan sekadar isteri dan belahan jiwa malah tulang belakang terhadap kerjaya seninya.


“Kehilangan arwah memberi impak yang besar terhadap kami sekeluarga terutama saya kerana kami sudah lama hidup bersama dengannya. Anak sulung pun sudah berumur 26 tahun, manakala anak bongsu bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


“Sepanjang kehidupan kami, arwah adalah insan yang sanggup berkorban segala-galanya untuk anak-anak dan saya bagi memastikan kami tidak kurang apa pun.


“Dia juga membantu dalam kerja penghasilan video muzik serta saluran YouTube membabitkan kerjaya seni saya menggunakan kepakarannya sebagai pereka grafik kanan sepanjang 18 tahun berkhidmat di sebuah stesen televisyen.


“Sudah pasti kehidupan kami berubah selepas ketiadaannya. Apa pun saya reda selain bersyukur dapat menjaga isteri sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui pada sesi memperkenalkan vokalis Search, baru-baru ini.


Foto: Kosmo




Allahyarham Noraznin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) selepas hampir setahun bertarung dengan penyakit kanser darah myeloma tahap empat.


Arwah yang sebelum ini pernah koma selama 10 hari meninggalkan Kid bersama dua cahaya mata, Deanda dan Aaqil Naquidean.


Luah Kid lagi, walau menanggung rindu yang tidak berpenghujung, dia perlu kuat demi permata hati mereka malah akan terus memahat kukuh kenangan bersama insan teristimewa itu.


“Isteri saya seorang yang unik dan punya karektor tersendiri. Benda yang tidak itu yang dia hendak buat sebab dia sukakan cabaran. Ada saja idea dan sejenis yang kalau buat kerja pula memang bersungguh-sungguh.


“Dia juga sangat disayangi seluruh ahli keluarga saya. Itu yang buat saya kagum dengan keperibadiannya yang pandai mengambil hati orang.


“Kami amat memahami satu sama lain. Sampai satu tahap, saya tidak perlu menceritakan masalah, tetapi, arwah sendiri dapat hidu kalau saya berdepan kesulitan.


“Sebenarnya hanya menerusi gerak mata saja arwah bagai tahu fikiran saya. Contohnya, dalam satu acara dia tahu saya hendak balik sebaik kami berpandangan,” katanya lagi.


Berkongsi lebih lanjut, ketika mendapat berita mengenai serangan penyakit berkenaan pada akhir 2020, dia nekad untuk berjuang bersama-sama melawan kanser tersebut.


“Allahyarham seorang yang kuat semangat dan sebagai suami saya berjanji untuk jangan patah semangat dan di sisinya memberi sepenuh perhatian seperti mana dia sentiasa ada disamping saya selama ini.


“Alhamdulillah, bagi saya kesempatan untuk berbakti kepadanya hingga ke akhir hayat.
Sebelum pemergian arwah, saya dan anak menjenguknya di hospital pada tengah malam tersebut.


“Saya dan anak pulang jam 3.30 pagi tetapi sejam kemudian, saya menerima panggilan telefon hospital memaklumkan isteri sedang nazak. Sebaik sampai saya pegang tangan dan cium dahinya.


“Saya bisikkan kalimah syahadah dan bagi tahu sudah memaafkan segala dosanya selain saya sendiri memohon maaf kepadanya. Kemudian arwah pergi dengan tenang,” luahnya mengenang detik terakhir dengan Allahyarham.


Dedah Kid lagi, Allahyarham pernah meninggalkan beberapa pesanan sebelum pemergiannya terutama menjaga kedua-dua cahaya mata mereka dengan baik. -CARI


Sumber: Kosmoa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 08:24 AM | Show all posts
dulu zaman Gersang, aku paling minat Kid ni
siap kumpul gambo dia... hahahaha... memori anak sekolah
boleh nampak fizikal dia berubah drastically.. maybe sebab ada ambil benda tu
sayang....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
takde haaa macam soeb sibuk ke hulu ke hilir nangis2 meraih simpati
tup2 dah ada bau2 ganti
choyyyy
memang la hidup mesti diteruskan
tapi kalau drama sangat annoying kot
moga tok kid bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:03 PM | Show all posts
awex^returns replied at 12-1-2022 08:24 AM
dulu zaman Gersang, aku paling minat Kid ni
siap kumpul gambo dia... hahahaha... memori anak sekolah ...

Aah kan. Time gersang kid n acis nampak cute. Man bai aku meluat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:26 PM | Show all posts
adoi muka dia..hopefully anak sulung tu ada la keje tetap boleh tengokkan adik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
setia wife dia dgn dia wlu org kata kid ni mengambik brg, mungkin baik kot kid ni tu yg isteri pun setia sampai akhir hayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2022 12:33 PM | Show all posts
kesian la hai..smoga bertabah tok kid..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 04:30 PM | Show all posts
moga dipermudahkan urusan lps takda isteri ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Comel arwah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.081420 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list