Brasilia: Sebuah rakaman kejadian rompakan di sebuah stesen minyak memaparkan satu imej bayangan berlegar-legar di sekitar dua penjenayah sejurus sebelum mereka ditembak mati oleh polis, menjadi tular di laman media sosial.
Lapor Daily Star, beberapa pengguna media sosial mendakwa imej bayangan itu merupakan Grim Reaper atau malaikat maut.
Sesetengah pihak menganggap figura Grim Reaper muncul sejurus sebelum seseorang meninggal dunia untuk mengambil jiwa mereka.
Foto: Newsflash
Menurut pengguna media sosial, kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu merakam kelibat hantu itu.
Video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan dua perompak berkenaan menunggang motosikal mereka menuju ke stesen minyak di Moju, Para, utara Brazil pada malam Tahun Baharu.
Rakaman itu menunjukkan perompak tersebut memberhentikan motosikal di sebuah pam agar individu di belakangnya boleh turun.
Kedua-dua perompak itu kemudian merompak tiga orang termasuk dua pekerja di pam stesen minyak tersebut.
Mangsa dilihat tidak bergerak dan mengangkat tangan ketika perompak mengambil barang-barang milik mereka.
Satu kelibat bayangan misteri di hadapan kedai serbaneka di stesen minyak itu dikatakan seperti mengintai dan bergerak seolah-olah mengawasi tindakan perompak tersebut.
Beberapa pengguna media sosial mendakwa imej tersebut sebagai Dark Angel of Death yang datang untuk mencabut nyawa dua perompak berkenaan.
Sementara itu, NewsFlash melaporkan kejadian tembak menembak berlaku selepas perompak tersebut enggan menyerah diri apabila ditahan polis. -CARI
Kucing i mati 1 / 1 / 2022
setahun sebelum iaitu pada 31/12/2020
ada satu video kucing i dia nak gi dapur.
i ada kat dapur. tapi dia diri tepi tu statik
dia tenung macam nampak sesuatu.
Post time 12-1-2022 10:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by jazaa100 at 12-1-2022 10:41 AM
My uncle dia meninggal subuh, mlm tu waktu Isyak, dia suruh anak dia bukak pintu ada 'org' nk masuk.....masa tu dorang kat tingkat atas....ank dia ni tak paham....
Waktu subuh masa dia nazak tu....dia sempat tunjuk isyarat tgn tuunjuk keatas menunjukkn dia nak pergi..... Naik ke langit....masa tu dia dah tak blh cakap dahhh......
kawan laki aku cerita masa makcik dia nak meninggal, seminggu dua sebelum dia suruh bukak lampu, sbb takut ada gangguan katanya, malam dia meninggal, dia suruh tutup lampu, tapi bila depa jumpa mendiang, anak mata tarik ke atas, tangan mcm menepis sesuatu.. depa ni cainis, so depa percaya la maybe makcik ni dah buat something against their belief.. tapi as Muslim, kami diam ja la, dgr ja... but deep down we know la kan malaikut maut datang menjemput..