View: 582|Reply: 0
|
Dibolehkan Buang Kucing Jiran Yang Suka Berak Merata
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya – Kisah binatang peliharaan seperti kucing berkeliaran dan membuang najis merata boleh menjadi antara perkara yang mendatangkan permusuhan sesama jiran tetangga.
Akibat sikap sambil lewa pemilik kucing yang menganggap perkara itu remeh akhirnya meletakkan nyawa haiwan peliharaan dalam bahaya sekaligus menjadi mangsa keadaan.
Penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, jika ada kucing peliharaan jiran selalu membuang najis di kawasan rumah, kita boleh membuang binatang itu di tempat yang sepatutnya.
Foto: Google
Namun terlebih dahulu jelasnya, perlu dibuat aduan kepada pemilik binatang peliharaan itu dan tuannya itu seharusnya membersih dan membayar ganti rugi.
“Elok dah hukum hakam, kalau pemilik kucing enggan juga, boleh dilaporkan kepada kadi tapi takkan nak lapor kes kucing pada kadi, ini bukan salah kucing itu tetapi tuannya.
“Jadi dalam kes begini, orang yang beriman tidak akan susahkan orang lain sama ada dengan mulut atau perbuatan. Melepaskan haiwan, membusukkan rumah orang lain, ini orang yang tidak sejahtera Islamnya,” katanya.
Azhar berkata demikian dalam satu sesi soal jawab ketika ceramahnya yang telah dimuat naik di media sosial Facebook.
Katanya lagi, sekiranya pemilik kucing masih tidak mengendahkan aduan yang dibuat, maka harus untuk mangsa membuang haiwan peliharaan itu ke tempat lain.
“Kalau tuan kucing buat tak tahu dan rumah kita masih jadi sasaran najis-najis tersebut, hukumnya harus untuk kita buang benda yang mudarat.
“Kita boleh ambil haiwan itu dan letak di tempat yang jauh tapi dia boleh hidup,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|