CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 9

Jantung Kencang, Rasa Tangan Ditarik- Shaza Bae Dirasuk Semasa Shooting

  [Copy link]
Post time 11-1-2022 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Kemunculan pelakon dan pengacara, Shaza Bae, 26, di persada industri hiburan tanah air kini nampaknya semakin mendapat perhatian.


Apatah lagi, apabila pembabitannya dalam drama Jangan Ganggu Jodohku arahan Jamal Khan yang disiarkan Astro diakui berjaya meninggalkan lakonan berkesan.


Membawakan watak Aliza, seorang wanita yang boleh melihat makhluk halus sekali gus, membuatkan dia sering diganggu terutama pada majlis perkahwinannya yang selalu gagal.


Foto: IG




Aliza akan dirasuk teruk setiap kali berada di atas pelamin, yang akhirnya baru disedari bahawa dia adalah pewaris saka keluarga dan 'makhluk penjaganya' itu tidak mahu Aliza berkahwin dengan pemuda lain.


Berbicara mengenai Jangan Ganggu Jodohku itu, Shaza berkata ia pengalaman baharu baginya dalam lakonan dan diakui agak mencabar kerana banyak menjayakan babak kena rasuk.




  



"Apapun drama ini bergenre romantik komedi yang mana 'jin penjaga' Aliza bernama Abu sebenarnya jatuh cinta dengan tuannya. Banyak juga aksi lucu dan mencuit hati yang pasti menghiburkan penonton.


"Malah, saya juga bersyukur mendapat gandingan pelakon yang bagus dalam drama ini seperti Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi dan Salina Saibi yang sangat-sangat membantu lakonan saya," katanya.


Shaza atau nama sebenar, Shaza Nuriman Muhammad Zamri yang mengakui masih 'hijau' dalam lakonan berkata pengalaman beraksi di samping Aloy Paradoks sebagai Abu cukup memberi cabaran buatnya untuk memantapkan mutu lakonan.




  



"Aloy, pada saya seorang pelakon yang berkaliber. Dia cepat memahami jalan cerita dan 'skill' lakonannya hebat. Malah, Aloy juga suka buat 'ad-lib' dalam lakonan dan saya kena pantas membalas.


"Justeru, sedikit-sebanyak saya dapat menimba pengalaman dan belajar berlakon daripada Aloy. Penjiwaan watak Abu yang dipersembahkan Aloy juga mantap dan selaku gandingannya, saya puas hati," katanya.


Berbicara mengenai pengalaman tidak dapat dilupakan, Shaza berkata dia sebenarnya turut mengalami peristiwa dirasuk betul-betul oleh makhluk halus ketika penggambaran drama berkenaan.




  



Katanya, itu adalah kali pertama dia kena rasuk dan apa yang terjadi tidak pernah diduga. Ujarnya, boleh dikata ia berlaku dengan pantas dan cukup meninggalkan kesan mendalam.


"Saya kena rasuk secara tiba-tiba ketika melakonkan babak di atas pelamin dan akan berkahwin. Tanpa diduga, babak yang mula saya lakonkan ketika senja selepas Maghrib itu adalah aksi sebenar.


"Semasa nak mula lakonkan babak itu lagi (dirasuk atas pelamin), saya dah rasa seram sejuk, tak sedap badan, jantung berdegup kencang dan berdebar- debar. Tapi, saya teruskan berlakon dan kena buat babak menjerit pula," katanya.




  



  



Menurut Shaza, jeritannya bagaimanapun tiba-tiba putus apabila merasakan tangan seperti ditarik seseorang. Katanya, dia juga sukar melunaskan babak itu kerana seakan dihalang sesuatu.


"Saya direhatkan seketika di dalam bilik dan dibaca ayat Kursi serta terus menangis tanpa henti kerana perasaan rasa amat sayu. Itulah pengalaman dirasuk yang tak akan saya lupa sampai bila-bila," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2022 11:01 AM | Show all posts
"Saya kena rasuk secara tiba-tiba ketika melakonkan babak di atas pelamin dan akan berkahwin. Tanpa diduga, babak yang mula saya lakonkan ketika senja selepas Maghrib itu adalah aksi sebenar.

"Semasa nak mula lakonkan babak itu lagi (dirasuk atas pelamin), saya dah rasa seram sejuk, tak sedap badan, jantung berdegup kencang dan berdebar- debar. Tapi, saya teruskan berlakon dan kena buat babak menjerit pula," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:47 AM | Show all posts
propa jer la nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 11:49 AM | Show all posts
Adik beradik Saltbae ke dia ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 12:28 PM | Show all posts
Rogue98 replied at 11-1-2022 11:49 AM
Adik beradik Saltbae ke dia ni....

lempar lempar garam ke sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 12:53 PM | Show all posts
asalkan nak promot drama hantu je ada la pelakon gigih mengaku kena rasuk betul2 bagai dekat set...

waktu ko dok mengangkang depan TV dok jemur chepit bagi kering takde pulak kena rasuk bagai...

eeee sooo 1990an punya gimik dah dik... taraf2 blair witch project punya era...

filem dukun tu je menjadi gimik dia... tu pun sebab ada rekod2 video acik kebaya merah duk goyang jubo layut tepi jalan...

dah 2022 ni takde sape ke nak fikir gimik yang lebih up to date... asyik2 kena rasuk dekat set... kenapa mesti dekat set... kenapa waktu terkang2 dekat sofa rumah takde pun kena rasuk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2022 01:06 PM | Show all posts
kot ye pun nak promot.... try la cara lain pulak...
dah basi la dikkk......
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2022 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kne rasok bukan ke xsedar langsung ke???  And ko akan terpinga-pinga. Sbb bapak ak bomoh dulu. So ak selalu je tgk org kne rasok. Bile die bgun semua senyap. Die akan tny knape. So kitorg akan jwb samada die pengsan atau tertido je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kg.com sgt rupa sheols
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 11-1-2022 02:29 PM
Kg.com sgt rupa sheols

Bru nk komen bnde sama tq uolls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069980 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list