Penyanyi Indo yg baru balik Turki pun positif C 19
Ashanty positif Covid 19 Jakarta: Penyanyi Indonesia, Ashanty disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari percutian bersama keluarnya di Turki, baru-baru ini. "Kepada rakan-rakan media di luar sana, maaf saya harus jelaskan supaya beritanya tepat. Ketika saya sampai di Indonesia, saya jalani ujian PCR dan keputusannya positif. "Dua kali saya jalani ujian PCR di Istanbul ketika mahu pulang, sekali di hotel dan sekali di lapangan terbang. Kedua-duanya negatif. "Akhirnya, sampai di hotel (Indonesia) untuk kuarantin, saya menunggu keputusan PCR dari lapangan terbang dan hasilnya positif," tulisnya. Ashanty yang juga menghidap penyakit autoimun juga memaklumkan dia tidak mengalami sebarang gejala serius setakat ini. "Alhamdulillah, belum ada sebarang gejala serius, namun saya tetap mengikuti prosedur kesihatan yang ditetapkan memandangkan saya memang ada penyakit lain," tulisnya. Dikecam hebat oleh netizen Indonesia, Ashanty menjelaskan bahawa percutian dia dan keluarga bukan sekadar untuk berhibur semata-mata. "Bagi anda yang mencaci di saat keadaan saya begini, saya ucapkan terima kasih dan semoga anda diberikan kesihatan. Anda takkan pernah tahu alasan seseorang melakukan sesuatu, tetapi terlalu mudah mengecam. "Kami pergi ke sana bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi ada hal lain juga. Ketika kami merancang untuk ke sana, itu sebelum kita tahu akan kewujudan virus (varian) baru dan ketika itu juga, sudah ramai orang yang pergi bercuti. "Kami mengikuti peraturan dan prosedur ketika melancong dan anda mengecam tanpa memikirkan perasaan orang anda tak tahu keadaan mentalnya."Kes Covid-19 setiap hari bertambah dan bermutasi selama dua tahun ini dan kita tak pernah tahu sampai bila," tulisnya. Tambahnya, dia tidak melakukan jenayah atau melarikan diri saat disahkan positif sehingga perlu berdepan kecaman hebat daripada netizen. "Jujur, sedih saya melihat bagaimana anda begitu mudah mencaci orang lain yang anda tak tahu, apa alasan mereka bercuti, bagaimana dan lain-lain. "Lainlah kalau saya lari ketika disahkan positif atau senyap-senyap pulang ke rumah. Saya bahkan diam di hospital supaya tidak timbul sebarang kekecohan," tulisnya. Anggota keluarga Hermansyah yang lain semuanya disahkan negatif dan kini menyewa satu tingkat khas untuk mereka di Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta bagi menjalani kuarantin. Terdahulu, Ashanty bersama keluarganya melancong ke Istanbul dan turut disertai keluarga menantunya, Atta Halilintar.
|