CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 1

Polis Kompaun Penganjur Pertandingan Tarian Singa

[Copy link]
Post time 11-1-2022 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Polis mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap penganjur pertandingan tarian singa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara di sebuah pusat membeli belah di sini, pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.




Kredit foto: FB




"Sepasukan anggota polis telah membuat pemantauan dan pemerhatian pada jam 7.30 petang, hari sama dan mendapati pengunjung berkumpul tanpa penjarakan fizikal.


"Kami mengambil tindakan dengan mengeluarkan kompaun kepada penganjur di atas kegagalan memastikan penjarakan fizikal oleh penonton yang hadir," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, semakan lanjut mendapati penganjur mempunyai surat kelulusan permit sementara daripada pihak berkuasa tempatan untuk menganjurkan pertandingan tarian singa tersebut.


"Kompaun yang dikeluarkan adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit," katanya.


Anbalagan turut menasihatkan masyarakat supaya sentiasa peka dan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mengadakan sebarang aktiviti mahupun perhimpunan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2022 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mall mana ni? Setau aku kelmarin kt 1u mmg ada lion dance ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059480 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list