CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 0

Warga Emas 'Gila' Vaksin Ditahan Sebelum Disuntik Kali Ke-12

[Copy link]
Post time 10-1-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga emas di Bihar, India yang mendakwa menerima 11 suntikan vaksin Covid-19 ditahan di pusat kesihatan primer sebelum sempat disuntik buat kali ke-12.


Brahmadeo Mandal, 84, dikatakan menerima lebih dos itu dengan menggunakan kad pengenalan yang berbeza dan nombor telefon bimbit ahli keluarganya.




Gambar hiasan




Mandal yang dikatakan seorang pesara kakitangan jabatan pos, telah menerima suntikan pertama pada 13 Februari tahun lalu.


Selepas itu, Mandal mengambil suntikan pada Mac, Mei, Jun, Julai dan Ogos.


Dia mendapat lagi suntikan pada bulan September dengan menggunakan kad Aadhaar yang memaparkan 12 nombor unik kepada setiap warganegara dan kad pengundi.


Akhir tahun lalu, Mandal mendakwa telah mendapat 11 suntikan dos vaksin Covid-19.


“Kerajaan melakukan yang terbaik,” katanya.


Kerajaan India meluluskan pemberian dua dos vaksin untuk warganegara dan mulai hari ini, dos penggalak dibenarkan bagi kakitangan penjagaan kesihatan, petugas barisan hadapan dan mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi.


Sementara itu, pegawai daerah di kawasan tersebut mengarahkan siasatan dijalankan berhubung kes berkenaan.

Mandal menyerahkan kad Aadhaar dan nombor telefon bimbitnya sekurang-kurangnya lapan kali.


Dia juga menggunakan kad pengenalan pengundi dan nombor telefon bimbit isterinya sebanyak tiga kali.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.286306 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list