Pihak berkuasa Arab Saudi sedang melakukan siasatan susulan persembahan samba oleh penari berpakaian mencolok mata yang tular di media sosial negara itu.
Video berkenaan menunjukkan tiga penari samba warga asing mempamerkan tarian mereka di Jazan.
Kredit foto: Dawn
Wanita-wanita yang mengambil bahagian dalam Pesta Musim Sejuk Jazan memakai bulu berwarna-warni yang melambangkan tradisi Brazil dengan kaki, lengan dan perut mereka tidak ditutup.
TV El-Ekhbariya milik kerajaan menyiarkan rakaman festival itu, tetapi mengaburkan imej wanita berkenaan, lapor The New Arab.
Acara itu mencetuskan kemarahan ramai dan menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam acara tersebut dihukum
Kredit foto: News in 24 english
Di Arab Saudi, kebanyakan wanita tempatan masih memakai jubah tradisional semasa khalayak ramai.
Berdepan dengan tindak balas orang ramai, Gabenor Jazan, Putera Mohammed bin Nasser mengarahkan siasatan dan “langkah-langkah perlu untuk mencegah semua penyalahgunaan.”
Namun, beliau tidak memberi butiran lanjut berhubung kenyataan tersebut.
Sumber: MalaysiaGazette
|