View: 470|Reply: 0
|
Penjara 4 Tahun Lagi Sebab Suu Kyi Miliki ‘Walkie-Talkie’
[Copy link]
|
|
Mahkamah Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi atas beberapa kesalahan.
Lapor media tempatan Suu Kyi, 76, didapati bersalah antara lain kerana memiliki peralatan radio komunikasi atau ‘walkie-talkie’.
Kredit foto: AFP
Dia sedang berhadapan dengan 11 pendakwaan yang membawa hukuman penjara sehingga 100 tahun jika sabit kesalahan.
Bulan lalu, dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah menghasut dan melanggar peraturan berkaitan COVID-19, yang kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun atas dasar kemanusiaan.
Penyokong pemenang anugerah Nobel itu mendakwa semua pendakwaan terbabit diada-adakan bagi menyingkirkan Suu Kyi dari arena politik.
Perbicaraan itu diadakan secara tertutup.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
| |
|