View: 1041|Reply: 6
|
Isu Azam Baki Dan SPRM- Firdaus Wong Bersuara, Timbulkan Banyak Persoalan
[Copy link]
|
|
Isu berkaitan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin hangat diperkatakan, spekulasi demi spekulasi tular di media sosial.
Apatah lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan institut itu sendiri mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, dengan secara terang dan nyata SPRM menyatakan pendirian mereka menyokong Azam Baki menerusi memorandum yang dikeluarkan.
Kenyataan yang dikeluarkan SPRM menarik perhatian pendakwah terkenal tanah air, Firdaus Wong di mana pendakwah ini mempersoalkan beberapa aspek berkaitan Azam Baki dan sekaligus memberi teguran terhadap institusi tersebut di Instagramnya.
Foto: IG
“Saya menghormati SPRM sebagai sebuah agensi pencegah rasuah tetapi dengan kenyataan dari kepimpinan tertinggi SPRM yang menyokong KP SPRM yang terpalit dengan tuduhan rasuah menimbulkan lebih banyak persoalan kepada saya berbanding keyakinan.
Pertama, bagaimanakah mereka boleh mengatakan dan mengetahui motif tuduhan adalah politik dendam sedangkan polis masih dalam penyiasatan?
Kedua, bukankah kenyataan mereka ini seolah-olah mendahului siasatan dan proses keadilan?
Ketiga, adakah kenyataan mereka ini memberikan keyakinan atau mengurangkan keyakinan kepada rakyat akan ketelusan barisan dakwaan rasuah terdapat KP SPRM sendiri?
Sebagai Muslim, adalah tugas kita semua untuk amar makruf nahi mungkar. Tokoh agama lain bersuara atau tidak, itu cara dan prinsip mereka sendiri tetapi Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Dalam sebuah hadis menyebut daripada Thauban RA:
“Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya” [Riwayat Ahmad (22399)],” tulisnya.
Perkongsian pendakwah ini menarik perhatian orang ramai di Instagramnya, apatah lagi isu ini dipandang serius oleh rakyat Malaysia sendiri. Rata-rata ramai berkongsi komen dan pandangan mereka di ruangan posting milik pendakwah tersebut.
“Permainan politik dalam SPRM itu sendiri wujud. Dan politik dalam pemerintahan. Semoga Allah melindungi kita semua.”
“Sokongan begini seakan SPRM sebuah parti politk pula… #wellsaid”
“SPRM pun kurapsi…. Tapi nak tangkap orang kurapsi… Macam penjenayah nak tangkap penjenayah lain”
“Malaysia makin jahanam dengan pemimpin-pemimpin munafik.. Yang sangat-sangat lah.. Ibarat harapkan pegar, pegar minum todi..!!” Komen mereka
Apa pandangan anda? -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Tang jemaah blk konon pki sijil palsu CPT je agama Wang ni keluar hukum..part rasuah..songlap duit RAKYAT..xturun padang..menipu Dan blakon demi undi..sekali dgn menggunapakai harta Kerajaan utk kepentingan sendiri xpula Sekor pon nk komen..risau miss soru ke?mualaf cina dgn mufti wahababy jugak yang kena ke depan tegur ek |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn ini,i yakin the whole institution of sprm ramai yg mkn rasuah. Atas smpai bwh,mmg kaki rasuah. Byk atau sikit ja. Kantoi @ tak. Pencegah rasuah my foot. Mmg doomed dh meleisia nih tuan2.
“One of the saddest lessons of history is this: If we’ve been bamboozled long enough, we tend to reject any evidence of the bamboozle. We’re no longer interested in finding out the truth. The bamboozle has captured us. It’s simply too painful to acknowledge, even to ourselves, that we’ve been taken. Once you give a charlatan power over you, you almost never get it back.”
― Carl Sagan, The Demon-Haunted World: Science as a Candle in the Dark
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg sebetulnya top2 post ni kena gilir 2 thn sekali dgn kem lain..bila buat stt mm ni lg la kuat bau ikanya |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 10-1-2022 01:48 PM
Yg sebetulnya top2 post ni kena gilir 2 thn sekali dgn kem lain..bila buat stt mm ni lg la kuat bau ...
Bg wujud je kerajaan campuran...no one had an upper hand...so mestilah buat keputusan yg x blh ikut suka hati....pilih tokoh muda yg blh buat keje..yg dah tua2...mana yg mmg dah ada kroni tu...lempar je jauh2...at least yg muda2 ni ..kabel x kuat mana...mmg kn usaha sendiri...so lg blh cungkil bakat kepimpinan hadapi krisis |
|
|
|
|
|
|
|
jas7512 replied at 10-1-2022 02:07 PM
Bg wujud je kerajaan campuran...no one had an upper hand...so mestilah buat keputusan yg x blh iku ...
Agree with u, even dlm organisasi yg simple2 pun budaya u scratch my back, i scratch yours obviously, ada semacam 1 tradisi ada org2 tertentu mcm disembah2 plk oleh penjilat |
|
|
|
|
|
|
|
Allah sayang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|