Hanif Zaki, berkongsi satu posting ucapan istimewa Hanif khas untuk isterinya, Anzalna Nasir.
Tarikh 9 Januari merupakan ulang tahun kelahiran pelakon cantik, Anzalna Nasir yang ke 34 tahun.
Hanif telah mengadakan satu majlis istimewa buat isterinya sempena menyambut hari lahir Anzalna.
Di dalam posting tersebut, Hanif memberi kejutan kepada Anzalna. Menurut Hanif, Anzalna merupakan seorang wanita yang sangat istimewa baginya dan sememangnya isteri yang diimpikan. Anzalna banyak mengubah kehidupannya sehingga kini dia menjadi seorang yang berjaya.
Perkongsian Hanif ini turut menerima respon daripada Anzalna di ruangan komen.
Nampak begitu meriah majlis yang diadakan yang turut dihadiri oleh ahli keluarga mereka yang lain. Anzalna juga sangat manis bertudung, tampak begitu bergaya. Jom tonton video di bawah:
Perkongsian ini menerima banyak ucapan dan doa dari netizen sempena hari lahir Anzalna. Antara komen-komen yang diberikan:
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Anzalna Nasir. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia bersama suami dan keluarga tersayang. -CARI
|