CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 1

[Perlis] Yusra Asna bangun 4 pagi bantu tebar roti canai

[Copy link]
Post time 10-1-2022 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Yusra Asna bangun 4 pagi bantu tebar roti canai
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 10 Januari 2022


Azlan (kanan) melihat Yusna Asna menebar roti canai di gerai makanan keluarganya berhampiran persimpangan lampu isyarat Balai Baru, Padang Besar pada Ahad. Turut kelihatan Ruslin (kanan).


PADANG BESAR - Kisah kanak-kanak berusia tujuh tahun yang membantu membuat dan menebar roti canai di gerai milik keluarganya berhampiran persimpangan lampu isyarat Balai Baru, dekat sini mendapat perhatian pelbagai pihak selepas tular di media sosial.


Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man juga turut singgah di kedai makan tersebut untuk menikmati roti canai yang ditebar oleh pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong itu pada Ahad.


Yusra Asna Ruslin ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia sanggup bangun seawal jam 4 pagi sepanjang cuti sekolah untuk membantu ibu bapanya di gerai.


Kata Yusra Asna, dia belajar menebar roti canai daripada bapanya, Ruslin Meli, 45 dan ibunya, Yuwita Shuib, 35, sejak tiga bulan lalu.


"Saya berminat untuk menebar roti canai selepas melihat ibu dan bapa membuat roti canai setiap hari di gerai makan kami.


"Pada awalnya, bapa tidak bagi namun tidak lama kemudian bapa memberi kebenaran untuk belajar membuat dan menebar roti selepas pelanggan berkurang dan kedai hampir tutup," katanya ketika ditemui di kedai makan keluarganya, Uwita Enterprise di Balai Baru, dekat sini pada Ahad.


Yusna Asna berkata, walaupun dia akan kembali ke sekolah pada Isnin selepas cuti persekolahan tamat, dia tetap membantu ibu bapanya pada hujung minggu.


"Saya suka bantu ibu bapa di kedai dan suatu hari nanti berharap dapt membuka restoran makanan bersama bapa," ujarnya yang mampu menebar sebanyak 60 keping roti canai sehari.



Yusna Asna dan bapanya, Ruslin menebar roti canai di gerai makan mereka di berhampiran persimpangan lampu isyarat Balai Baru, Padang Besar pada Ahad.


Menurut Ruslin, kedai makan mereka yang dibuka seawal jam 5.30 pagi sehingga 11 pagi dikunjungi orang ramai lebih daripada biasa sejak Jumaat lalu selepas video Yusna Asna menebar roti canai dikongsi dalam Facebooknya tular.


Ruslin tidak menyangka video tersebut akan mendapat perhatian malah ramai kawan dan guru anaknya itu datang memberi sokongan kepadanya.


"Saya membawa tiga anak berusia tujuh, lapan dan 14 tahun ini ke gerai untuk membantu kami berniaga kerana pada waktu sama mahu mengelakkan mereka tidak terlalu banyak membuang masa bermain telefon bimbit," katanya.


Gerai Ruslin beroperasi setiap hari kecuali Isnin dan Selasa.


Sementara itu, Azlan ketika ditemui berkata, Yusna Asna mampu menjadi usahawan berjaya pada masa hadapan kerana telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi.

"Bakat yang ada pada adik ini perlu digilap kerana semangatnya. Mana tahu suatu hari nanti mampu menjadi seorang usahawan berjaya," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tu-tebar-roti-canai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 11:12 AM | Show all posts
terbaik adik...jgn main tiktok ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060380 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list