View: 742|Reply: 4
|
Vokalis Baharu Search Tak Nak Dibandingkan Dengan Amy
[Copy link]
|
|
Vokalis baharu kumpulan Search yang dibarisi oleh Noordin Mohd Taib (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Pae (drum), dikenali Denden Gonjales tidak mahu dia dibandingkan dengan vokalis legenda, Amy yang kini bersama Nasir (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar) dalam projek khas yang turut menggunakan nama Search juga.
Denden, 38, yang berasal dari Indonesia berkata, dia sememangnya berharap perkara ini tidak dibangkitkan oleh mana-mana pihak.
Denden, Foto: IG
"Saya tak ingin berlawan untuk buktikan siapa hebat kerana abang Amy adalah idola saya dari kecil sampai sekarang.
"engalaman kami dalam muzik juga berbeza dan masing-masing ada cara dan gaya tersendiri. Apa yang penting kami bersaing secara sihat.
"Saya tak mahu mengulas kalau ada yang kata saya tidak setanding atau tidak sesuai dengan kumpulan Search, itu terserah kepada pendapat masing-masing," katanya kepada Harian Metro.
Denden yang pernah menjadi tumpuan dunia berikutan aksinya di 'blind audition' program The Voice Bulgaria, mengakui pelawaan Noordin yang menawarkannya sebagai vokalis Search dianggap sebagai satu mimpi.
"Tentu saja saya amat teruja untuk menerima pelawaan ini. Orang pertama yang diberitahu ialah keluarga dan rakan-rakan terdekat saya.
"Saya tahu mengenai kumpulan Search sejak dari kecil dan banyak juga tahu tentang lagu-lagu mereka antaranya Isabella, Hilang Dalam Terang, Fantasia Bulan Madu dan banyak lagi.
"erasaan saya sangat senang dan tenang. Paling utama, bangga sekali kerana saya sekarang bergelar vokalis utama Search," katanya.
Search, Foto: Harian Metro
Denden yang bukan asing lagi dikalangan peminat Indonesia kerana pernah bekerjasama dengan penyanyi Inka Christie dan Judika berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu-lagu Search yang diketahui bernada tinggi.
"Bagi saya tiada masalah kerana saya sangat menyukai nada-nada tinggi dan lagu-lagu Search sesuai dengan vokal saya.
"Saya kini tak sabar untuk datang ke Malaysia. Tentu saja saya akan datang ke Malaysia untuk beraksi bersama Search nanti dan kini masih lagi menunggu sebarang khabar terbaru.
"Selain menyanyi, saya juga boleh mencipta lagu dan bermain muzik. Tapi, lagu ciptaan saya tak sesuai untuk Search dan hanya serasi untuk nyanyian saya sendiri," katanya.
Terdahulu pengumuman mengenai penyertaan Denden dalam Search dibuat oleh Noordin pada sidang media yang berlangsung pada 31 Disember lalu di Kompleks Campbell, di sini.
Noordin mengakui kemampuan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.
Selain itu, faktor usia Denden yang masih muda juga membuatkan mereka yakin dia boleh membawakan lagu-lagu Search dengan baik. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
muka macam Anang.... tengok IG not bad lah...boleh lah...cuma nak jadi lagend tu taklah kot... macam dah terlewat sangat nak comeback...sekadar mengisi perjalanan Search boleh lah.. so skrg ni dah 2 group search la ek? Search Ori dengan Search Ahli Keluar? LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Meolss rasa tak bertahan lama sbb dendedng ni mesti penat dan capek asyik ulang alik msia-yindon acapkali |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tgk utube die...mmg hebat vokal die..nyanyi lagu isabela dan kumpulan May |
|
|
|
|
|
|
|
ah aku confident lepas GV minggu ini bila aweera hit the stage with his own rendition of fantasia bulan madu, surely aweera will be invited also for audition ...
kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|