CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 945|Reply: 3

"Dah Kena Baru Tahu, Demam, Dada Sempit,"-Haiza Lalui Kuarantin Dengan Baik

[Copy link]
Post time 10-1-2022 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Covid-19 tu sangat dekat. Ada je di keliling kita. Bila dah kena baru tahu macam mana”.


Demikian luahan penyanyi dan penyampai radio, Haiza yang memaklumkan dirinya baharu sahaja selesai menjalani kurantin selepas dijangkiti Covid-19.


Tidak sahaja dirinya, suami dan anak lelakinya turut disahkan wabak maut tersebut.




Foto: IG




“Demam dan dada jadi sempit. Susah sikit nak bernafas. Tapi alhamdulillah, ikhtiar kita dah ada vaksin. Lengkap cuma belum booster (penggalak).


“Suami, saya dan anak (Iman) dapat lalui dengan baik. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Anda tahu siapa anda, moga Allah sentiasa melindungi anda,” tulisnya dalam Instagram.


Dalam hantaran sama, penyampai radio Buletin FM itu berkata, Covid-19 masih boleh dijangkiti meskipun sudah lengkap divaksin, namun risikonya lebih rendah berbanding individu yang belum menerima sebarang vaksin.




  



“Memang benar, kalau dah vaksin pun boleh kena. Kalau tak vaksin apatah lagi. Risikonya lebih tinggi.


“Ubat dan makanan sunnah itu juga ikhtiar, maka seimbangkan. Allah Maha penyembuh dan wajib untuk kita melindungi diri dan orang sekeliling. Jadilah manusia yang bertanggungjawab,” katanya lagi.




  



Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti menitipkan kesyukuran kerana Haiza telah sihat dan boleh kembali bekerja seperti biasa.-CARI




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2022 09:57 AM | Show all posts
“Demam dan dada jadi sempit. Susah sikit nak bernafas. Tapi alhamdulillah, ikhtiar kita dah ada vaksin. Lengkap cuma belum booster (penggalak).

“Suami, saya dan anak (Iman) dapat lalui dengan baik. Terima kasih kepada yang banyak membantu. Anda tahu siapa anda, moga Allah sentiasa melindungi anda,” tulisnya dalam Instagram.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 10:25 AM | Show all posts
suara dia best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.979515 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list