CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 1

Puteri Arab Saudi akhirnya dibebaskan

[Copy link]
Post time 9-1-2022 01:04 PM | Show all posts |Read mode

BASMA Saud. FOTO Agensi

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi akhirnya membebaskan seorang puteri dan anak perempuannya yang ditahan tanpa tuduhan selama hampir tiga tahun di ibu negara, kata kumpulan hak asasi manusia pada Sabtu.

Basma Saud, 57, ahli keluarga diraja yang sekian lama dilihat sebagai penyokong hak wanita dan raja berperlembagaan, ditahan sejak Mac 2019, dan pada April 2020, merayu kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed Salman supaya membebaskannya atas alasan kesihatan.

"Basma Saud Al Saud dan anak perempuannya Suhoud... sudah dibebaskan," tulis ALQST untuk Hak Asasi Manusia di Twitter.

"Dia dinafikan rawatan perubatan yang diperlukan untuk keadaan yang boleh mengancam nyawa.

"Selama penahanannya, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadapnya," tambah kumpulan hak asasi manusia itu.

Difahamkan, pegawai di Arab Saudi tidak bersedia untuk mengulas mengenai kes itu.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga itu, Puteri Basmah ditangkap sejurus sebelum perjalanan yang dirancang ke Switzerland untuk rawatan perubatan.

Bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai penyakit dialaminya.

Putera Mohammed menyelia usaha pembaharuan sejak dilantik oleh bapanya Raja Salman pada Jun 2017.

Antara pembaharuan dibuat termasuklah menarik balik larangan memandu terhadap wanita yang sudah dikenakan sejak beberapa dekad lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 07:27 PM | Show all posts
perempuan selalunya btol tp ni??padan muke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.087669 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list