CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 566|Reply: 2

Pesakit Wanita Berisiko Tinggi Untuk Mati Jika Dibedah Oleh Doktor Lelaki?

[Copy link]
Post time 7-1-2022 07:59 AM | Show all posts |Read mode
London: Satu kajian mendapati pesakit wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi iaitu kira-kira satu pertiga apabila menjalani pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah lelaki.


Lapor Daily Mail, kajian itu mendakwa pesakit wanita juga berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi selain berpotensi dimasukkan semula dan tinggal lebih lama di hospital apabila dibedah oleh doktor lelaki.


Bagaimanapun, hasil kajian itu tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila doktor wanita melakukan pembedahan membabitkan pesakit lelaki.




Foto: AFP




Meskipun punca itu tidak dapat dipastikan, para saintis memberi amaran terhadap penemuan tersebut dan menggesa agar tindakan segera diambil.  


Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto di Ontario, Kanada mengkaji lebih 1.3 juta rekod pesakit yang membabitkan pembedahan dilakukan oleh kira-kira 3,000 pakar bedah.


Daripada jumlah semua pesakit wanita, seramai 93,000 orang dibedah oleh doktor wanita manakala 667,000 menjalani pembedahan dilakukan oleh pakar bedah lelaki.  


Bagi semua pesakit lelaki pula, seramai 510,000 menjalani pembedahan oleh pakar bedah lelaki dan 50,000 lagi dibedah oleh doktor wanita.  


Analisis data mendapati golongan wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi iaitu 32 peratus apabila dibedah oleh lelaki berbanding wanita yang melakukan pembedahan mereka.


Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Jama Surgery. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Doctor Strange tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Anatara cara cara Allah mendidik manusia yg tidak taat p
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.635626 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list