CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9184|Reply: 130

[Tempatan] Lockdown 2022 la tu....'Kita sedaya upaya elak perintah berkurung' - Khairy

  [Copy link]
Post time 6-1-2022 08:43 PM | Show all posts |Read mode
'Kita sedaya upaya elak perintah berkurung' - Khairy


Gambar hiasan. FOTO Fail Bernama.

Kuala Lumpur: Langkah membendung jangkitan Covid-19 akan dibuat bersandarkan kaedah yang berkesan dan tidak keterlaluan, berbanding pelaksanaan sekatan pergerakan atau 'lockdown'.

Malah, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan kaedah sekatan pergerakan, perintah berkurung dan seumpamanya adalah langkah ke belakang.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyelaras segenap langkah pembendungan dan kawalan wabak menerusi pendekatan lebih terangkum.

"We don't mention the 'L' word anymore (kita tak sebut lagi perkataan L itu), sebaliknya semua tindak balas akan dibuat mengikut kaedah yang berkesan, tetapi tidak keterlaluan.

"Kita buka sempadan kerana ia diperlukan penduduk, seperti mereka yang belajar di luar negara, warga yang nak datang berniaga di Malaysia dan pelbagai lagi.

"Sampai bila lagi pun kita nak tutup sempadan, sebolehnya kita nak bergerak ke hadapan tanpa perlu toleh ke belakang lagi, justeru perkataan 'L' itu patah balik belakang.

"Memang kita sedaya upaya nak elakkan perintah berkurung atau sekatan pergerakan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Mengulas pertikaian orang ramai mengenai keberkesanan vaksin susulan keperluan pengambilan dos penggalak yang keempat, Khairy berkata, usaha itu dimulakan Israel dan ia kini giat diberikan kepada penduduk di negara terbabit.

Jelasnya, keperluan dos penggalak yang keempat bukan bermakna vaksin tidak berkesan seperti diomong-omongkan segelintir pihak, sebaliknya ia bertujuan mengaktifkan semula tahap sistem pertahanan badan daripada sebarang jangkitan.

"Pengeluar vaksin daripada awal sudah akui bahawa mereka tidak tahu berapa lama kesan liputan pelalian ini akan kekal dan kini kita dapati ia mula menyusut selepas tempoh enam bulan.

"Justeru, di sini wujud keperluan mengambil dos penggalak bagi memastikan tahap imunisasi seseorang berada pada tahap optimum, tetapi ia tidak bermakna bahawa vaksin tidak berkesan," katanya.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-berkurung-khairy

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lockdown lah tu. Babi.
Eh korang nak sangat NWO tu buat cepat sikit boleh? Letih lah nak hadap semua ni. Cepat sikit dgn agenda korang tu. Cepat settle takyah nak hadap semua ni lagi dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat reddit, kat canada sekolah dah tutup.. dine in pun dah x boleh.. betui ka..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 08:51 PM | Show all posts
kesian kena kenching sampai basah kuyup
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:07 PM | Show all posts
Abis tu bersepah org Malaysia ni abuse oppty yg diberi. Nak buat cemana...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk buat lock down sila buat waktu kes tgh sikit ni senang nk trace contact. Lock down pun kejap. Ni tgu sampai puluh ribu kes br nk lock down mmg mkn bulan. Korg Gomen aman2 jah gaji jalan mcm biasa. Yg swasta ni ???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2022 09:29 PM | Show all posts
"Pengeluar vaksin daripada awal sudah akui bahawa mereka tidak tahu berapa lama kesan liputan pelalian ini akan kekal dan kini kita dapati ia mula menyusut selepas tempoh enam bulan.

"Justeru, di sini wujud keperluan mengambil dos penggalak bagi memastikan tahap imunisasi seseorang berada pada tahap optimum, tetapi ia tidak bermakna bahawa vaksin tidak berkesan," katanya.

.
Pengeluar2 vaksin Covid tipu lah kerana virus Covid ada banyak bersamaan dengan virus Flu/Selsema, terutamanya virus2 ini sentiasa bermutasi = mereka sudah lama tau yang vaksin Covid tak akan berkesan lama. .......

https://www.webmd.com/lung/news/ ... -is-the-flu-vaccine - How Effective is the Flu Vaccine?  - 2 Sep 2020
Because flu viruses mutate constantly and the vaccine wears off over time, you can’t get vaccinated once and expect to be covered for years, as you can with other diseases. The vaccine must be changed each year, in hopes of matching the ever-mutating viruses. And that’s been a challenge. On average, it’s been 40% effective, meaning it’s prevented illness 40% of the time. Since health officials started tracking it in 2003, effectiveness has varied from year to year, ranging from a low of 10% in 2004-05 to a high of 60% in 2010-11.
.

Ya, lockdown tak perlu lagi kerana sudah ada ubat untuk merawat Covid, spt anti-viral molnupiravir dan monoclonal antibody sotrovimab. Vaksin Covid tak berapa berkesan kerana virus Covid sentiasa bermutasi.

Perlu ingat, hanya mereka yang mempunyai sistem imun atau pertahanan badan lemah akan dibunuh atau dicederakan oleh virus Covid, maupun oleh virus Flu/Selsema, samada lengkap vaksin atau tidak, spt orang2 tua berpenyakit atau "comorbid". Sila sediakan ubat2 Covid di atas untuk orang golongan ini. Lain kata, tak perlu lockdown semua orang = bunuh atau cederakan ekonomi.
.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 6-1-2022 09:07 PM
Nk buat lock down sila buat waktu kes tgh sikit ni senang nk trace contact. Lock down pun kejap. Ni  ...

Cam biasa gov kan mcm menatang sloth
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 09:39 PM | Show all posts
Edited by faraway1 at 6-1-2022 02:42 PM
mzzenma replied at 6-1-2022 07:51 AM
Baca kat reddit, kat canada sekolah dah tutup.. dine in pun dah x boleh.. betui ka..

Yes sekolah buka 17 hb.

No dîne in except take away.

Shop closed on Sunday serta curfew 10 malam sehingga 5 pagi.

And still no mask outdoor. Or mask under 6 years old di sekolah.

Ni kat quebec aje, bukan semua sama di Canada. So masih ada sekolah buka di Canada.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:40 PM | Show all posts
Serta jika baby kat daycare ada covid, still boleh hantar sebab nak semua budak used dengan covid.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
memang mintak dicaci maki la korang ni.. x nak la lockdown lagi noreen..!!! Bukan semua keje boleh wfh. Dah x keje gaji pun potong noreen..!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:44 PM | Show all posts
Ni semua salah kluster umrah la ni!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 6-1-2022 08:51 PM
kesian kena kenching sampai basah kuyup

Ingatkan bebas dari kencing guan eng dah setel..rupanya ada lagi raja kencing.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak lockdown cepat2 lah. Minggu depan sekolah dah start..mak bapak masing2 dah kalut cari van transit. Karang dah bayar full tibe2 lockdown plak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lockdown ke tak lockdown ke sama je bagi i
So let it be
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ke xnak lockdown buat le cpt2
Ank aku nak kena masuk blk kampus, nak kena cari umah sewa bagai
Karang sesia aku dah sign agreement bagai kena kurung study online blk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2022 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampu ke negara kita ni survive kalo kena lockdown sekali lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aternya nak jahanamkan ekonomi buatla balik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 01:16 AM | Show all posts

Hong Kong pun sudah start kan? Pendapat aii lah kan apa yang govt Malaysia buat sangat bagus contoh ya:- Nak masuk Malaysia kena ada MTP kena apply quarantine, kena ada vaccine 72 hrs sebelum masuk Malaysia, 8 hari quarantine + 5 day test. Lepas itu sana sini kena check-in and check-out (Mysejahtera) TAPI ppl under KJ and kementerian kesihatan is also samdol lah .. banyak
benda yang dia orang lepas tangan. Contoh:- PPl yang duduk hotel ada yang belum 8 hari dah lepas keluar dan paling GAGAL pergi buat Langkawi bubble!

Anyway aii is syukur sebab baru balik dari Malaysia + dok US tak perlu ada lock down bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Omicron aje pun nak lock apanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.098484 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list