Sebelum ini, tular video memaparkan Raja Bomoh dan seorang wanita seakan-akan membuat pemujaan untuk "menghalau" banjir dari terkena kawasan Teluk Intan.
Video itu dirakam Raja Bomoh secara langsung di Facebook beliau dan menjadi tular di semua platform media sosial dari Facebook ke TikTok.
Berikutan itu, ramai mempersoalkan tindakannya itu dan mendakwa dia melakukan sebuah ritual syirik.
Raja Bomoh atau nama sebenar Datuk Ibrahim Md Zin bagaimanapun tampil menafikan apa yang dilakukannya itu syirik dan memberi penjelasan mengenainya.
Tegasnya, apa yang dia buat hanya untuk melindungi keturunannya sahaja dan tidak membabitkan mana-mana pihak. Selain itu, dia berbuat demikian kerana mahu menyelamatkan pusara ibu bapa serta keturunannya daripada ditenggelami air seandainya berlaku banjir di kawasan sekitar perak.
Difahamkan, Raja Bomoh telah memfailkan laporan polis dan memuat naik satu lagi video bagi menjelaskan perbuatannya dalam video tular berkenaan bukan khurafat ataupun syrik.
Justeru, dia akan menuntut RM300 terhadap mana -mana jabatan yang memanggil Raja Bomoh syirik ataupun kurafat.
kredit foto: Datok Ibrahim Md Zin
Sudah-sudahlah tu Raja Bomoh. - CARI |