View: 1609|Reply: 7
|
Kad Undangan Dah Edar, Luluh Hati Tengok Bakal Suami Curang Depan Mata
[Copy link]
|
|
Hati mana tidak remuk melihat bakal suami curang depan mata. Lebih mengecewakan apabila tarikh nikah sudah dekat, malah kad undangan perkahwinan juga sudah diedarkan.
Namun, satu-satunya perkara yang boleh dilakukan adalah berlapang dada menerima qada dan qadar.
Rakaman video dimuat naik di Instagram Memomesos memaparkan seorang gadis 'menyerang' bakal suami yang ketika itu sedang berjalan dengan skandalnya.
Keinginan untuk mencari kebenaran membuatkan gadis terbabit mengekori kereta bakal suaminya kerana sudah lama curiga dengan hubungan mereka.
Walaupun tidak jelas butir bicara dalam video berkenaan, namun jelas gadis yang dikhianati itu melepaskan amarahnya hingga menarik perhatian orang awam berdekatan dan cuba dileraikan seorang lelaki berusia.
Malang bagi gadis itu, bakal suaminya menyebelahi kekasih gelapnya.
"Tahniah untuk kamu berdua kerana telah menghancurkan aku dan keluarga," tulisnya.
Video berkenaan menerima pelbagai reaksi. Ada yang simpati, tidak kurang juga menganggap ia sekadar 'marketing'.
Kisah benar atau marketing semata-mata? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Choi ingatkan berita Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
LORRRR INGAT KT MALAYSIA... |
|
|
|
|
|
|
|
friskies is that u??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut Friska punya logic, perempuan tu yang salah.Tak pandai ambik hati lelaki & garang sangat.Eh tapi pompuan Indo kan pandai jaga laki, laki diaorang tak pernah curang kalau mengikut friskies |
|
|
|
|
|
|
|
dari CI smpai ke sini berita luar negara yg 1 ni
tolong lahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib belum nikah majlis belum berlansung kalau tak pasti lebih sakit hati. Btw dah macam dalam episode tercyduk pulak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|