CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 944|Reply: 2

Alah, Boy Ke Girl? Harris & Intan Sepakat Sorok Jantina Anak, Keluarga Pun Tak Tahu

[Copy link]
Post time 6-1-2022 01:10 PM | Show all posts |Read mode
“Dengan keluarga pun kami belum kongsikan hal ini. Memang nak buat kejutan untuk semua.”



Pelakon dan penyanyi, Harris Alif, 23, sepakat dengan isterinya, Intan Ladyana, 38, yang kini memasuki usia tujuh bulan kehamilan untuk tidak mendedahkan jantina cahaya mata sulung mereka.




Kredit foto: IG Harris




Bukan mahu berahsia, sebaliknya mereka mahu memberi kejutan buat semua yang tertunggu-tunggu kehadiran anak mereka terutama keluarga.

“Nak kongsikan apa yang tentang hal kehamilan. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Buat masa ini, ya, Intan sedang sarat mengandung. Tetapi tentang hal jantina, kami sepakat tak nak beritahu lagi.


Kredit foto: IG Intan



“InsyaAllah, Intan dijangka akan bersalin pada hujung Februari ini. Kami adalah juga beli barang untuk persiapan menyambut kedatangan anak pertama ini sikit-sikit.

“Kami pergi beli sama-sama. Tapi tidaklah terlalu lengkap barang-barangnya. Cuma, kami berdua ini mengharapkan doa-doa yang baik daripada semua pihak, agar urusan kehamilan dan bersalin nanti dipermudahkan, itu lebih penting,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.


Dalam masa sama, Harris mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan isteri yang sebelum ini dijangkiti Covid-19.




  



“Alhamdulillah, Intan pun sudah berada di rumah sejak tiga hari lalu. Kami semua berada dalam keadaan sihat. Intan pun tidak adalah lemah sangat, cuma adalah batuk-batuk.

“Selera makannya ada. Pendek kata, perlahan-lahan dia dan saya semakin membaik dan perlukan masa untuk berehat.




  


“Dia pun sudah sarat, jadi lepas ini saya pun tak galakkan dia sibuk dengan kerjaya. Biar dia berehat sahaja di rumah,” ujarnya.


Anda rasa baby girl atau baby boy? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 01:34 PM | Show all posts
Mesti comel anak dia nanti. Paknya comel sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Matang Harris ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.172468 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list