CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 972|Reply: 1

Ritual Raja Bomoh Dah Diharamkan Kerajaan Perak Sejak 2015

[Copy link]
Post time 6-1-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh– Kerajaan Perak pernah mewartakan fatwa mengenai pengharaman upacara oleh Raja Bomoh atau nama sebenar beliau Ibrahim Mat Zin pada 2015.


Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pengharaman berkenaan dilakukan di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004.


Menurut Zamri, Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 17 hingga 19 September 2014 telah memutuskan bahawa amalan bomoh yang dilakukan oleh Ibrahim berlawanan dengan hukum syarak.










Katanya lagi, umat Islam di negeri ini yang mengingkari fatwa berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan di Perak.


“Fatwa yang diwartakan menyebut sebarang upacara dan amalan perbomohan yang dilakukan oleh Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin ini menggunakan objek tertentu atau tanpa menggunakan apa-apa objek sama ada untuk tujuan perubatan, perbomohan atau selainnya adalah berlawanan dengan hukum syarak dan haram.


“Oleh demikian, umat Islam dilarang menyebar, mempromosikan fahaman dan ajaran, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan ajaran tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya kepada pemberita di sini.


Zamri berkata, umat Islam di negeri ini juga dilarang menerbit, memuat naik atau memuat turun apa-apa terbitan berbentuk risalah, media sosial, rakaman audio atau filem berkaitan aktiviti Raja Bomoh.


“Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang menjadi ahli atau pengikutnya juga boleh dikenakan tindakan di bawah enakmen tersebut.


“Umat Islam perlu menjauhi sebarang upacara khurafat demi menjaga akidah dan kemuliaan Islam,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 02:46 PM | Show all posts
iols ingatkan nenek tu jual sayur.. rupanya meratib nama puteri mana entah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.941718 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list