Mereka yang mengikuti perkembangan dunia perfileman sejak 199-an pasti mengenali sosok cantik ini. Filem persembahan Datin Sharmaine Farouk yang paling tidak dapat dilupakan setakat ini ialah ‘XXRAY’ pada tahun 1992 dan ‘Panggilan Pulau’ tahun 1994.
Selepas lebih 20 tahun berhenti berlakon, Datin Sharmaine Farouk akhirnya kembali ke layar televisyen. Penampilan pertama Sharmaine adalah dalam telefilem berjudul ‘Realiti Ramadan Mike’ yang ditayangkan di NTV7 dan ‘Bila Cup1d Jat0h Cinta’ tayangan TV3 bersama Aiman Hakim Ridza dan Oktavia Manrose pada tahun 2020.
Sumber foto: Google Image
Baru-baru ini, viral di akaun Instagram milik pelakon Fasha Sandha yang telah berkongsi satu video yang memaparkan beberapa babak drama yang dilakonkannya. Namun telah mencuri perhatian warga maya adalah kelibat Datin Sharmaine Farouk.
Rupanya Datin Sharmaine turut berlakon bersama Fasha dalam drama tersebut. Malah ada yang memuji penampilan Datin Sharmaine Farouk sekarang masih kekal cantik. Hingga kini video yang dikongsikan oleh Fasha itu telah mendapat lebih 19 ribu tanda suka dan ratusan komen.
Jom tonton video tersebut di bawah ini :
Selain memuji penampilan Datin Sharmaine Farouk, ramai juga yang meluahkan kata tidak sabar untuk menonton lakonan gandingan mantap Fasha bersama pelakon Nad Zainal.
Antara komen-komen menarik adalah :
” Is that Sharmaine Faroukh ? Lamanya tak nampak dia berlakon still nampak cantik lah, mcam tak pcya pulak, hehe.. “
” Tak shabarrrnyaa. Gandingan mantap nihh, jgn sangka semua perempuan lem4h, sekali dia bangkittt.. “
” Naskhah terbaik akan sentiasa ditunggu. Goodluck Fasha and all. Cant wait. Nampak menarik drama ni.. “
” Cantek gila Sharmaine kan dier till now, tak berubah dr dulu. Berkali ulang video ni nak tgk betul ke Sharmaine.. “
Cantik Sharmaine, patut ramai yang puji. Sedutan babak-babak drama yang dikongsikan oleh Fasha pun sangat menarik jalan ceritanya. Apa-apa pun semoga terus maju jaya buat Fasha serta barisan pelakon ‘Dendam Seorang Isteri’ . -CARI
|